Saturday, June 18, 2011

Segmen : Selamat Hari Bapa


Ini adalah segmen oleh wancikgumuzik sempena Hari Bapa.

Di antara 10 poster yang wancikgumuzik sediakan, ini yang aku rase paling menarik rasa hati kalbu ini. Ayah aku memang suka julang aku tinggi-tinggi. Bak pantun orang tetua

Julang anak tinggi-tinggi,
Baling sampai atas atap,
Belum lagi aku tumbuh gigi,
Da pandai makan nasi dengan kicap.  

Tapi itu dulu, masa muda-muda, ringan jek macam kapas, kena tiup agin pun melayang. Sekarang da berat, kena pakai kren baru nak terangkat.
Jadi kedudukan ayah ni dalam Islam terletak pada nombor 4. Apsal no 4?

Seorang sahabat pernah bertanya nabi s.a.w

"Siapa yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini? " 

"Ibu kamu," jawab Nabi. 

"Dan siapa lagi? "

"Ibu kamu," Nabi mengulangi. 

"Selepas itu siapa? " orang itu bertanya lagi. 

"Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga. 

"Dan selepas itu? " "Selepas itu ayah kamu." 

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.)




Tetapi walaupun ayah no.4, dia tetap lebih penting dari awek, cikgu sekolah, member-member, kerja sekolah dan kerja-kerja yang sewaktu dengannya. Oleh itu anak yang lari dari rumah sebab ikut pakwe pergi Lombok atau mat-mat rempit yang tak reti nak balik rumah, pulanglah wahai anak.

Sebab ayah nak pakai pulak motor tu nak pegi masjid. Kot ye pun korang tak solat jangan sampai menyusahkan orang lain nak pergi solat.


Kredit untuk wancikgumuzik.


p/s : "ayah, nak dukung.."
        "Pang!!!"

Monday, June 13, 2011

Talqin Itu Untuk Orang Hidup

Bulan ini aku memang teramat sibuk, lebih sibuk daripada wakil rakyat, lebih sibuk dari beruk-beruk yang kini sudah mengganas di kawasan perumahan aku sebab sekarang musim durian kat segamat, atau nama saintifiknya thorn fruit (entah yeker?).

Beruk ini memang sinonim dengan musim buah, ibarat musim durian itu seperti konsert Justin Bibier yang berebut-rebut orang pergi tengok. Beruk ini akan terlompat-lompat mencuri buah lantas dengan rakusnya makan tanpa baca bismillah. So nak beza kan kita dengan beruk makan baca la bismillah yek. (yang pergi konsert pun sama terlompat-lompat macam beruk)

Jadi sebelum nak ke topik utama, aku nak abis kan dulu tazkirah yang lepas. Sikit jek nak explain pasal menangani isteri curang. Kalau belum baca, sila lah rajinkan diri baca Isteri Curang Salah Siapa dan Tegur Dengan Berkhemah untuk lebih memahami apa yang aku sedang merepek sekarang ini. Kalau malas maknanya anda memang pemalas (sama macam aku).

Straigth to the point, malas nak bebel panjang-panjang. Nak tegur isteri degil ada 6 cara (berdasarkan ceramah ustaz yang pernah aku dengar):

1) Kalau suami tak pandai tegur bawak gi dengar ceramah agama

2) Kalau tak jalan jugak suami boleh tidur berasingan dengan isteri

3) Masih degil? Rotan isteri kat tapak kaki guna batang jerami bukan batang kayu!. Nabi Ayub pernah buat.

4) Tak sanggup rotan sebab isteri cantik? Mintak mak ayah atau mertua tolong tegurkan

5) Tetap gagal? Cakap dengan isteri nak kawin lagi satu

6) Da sampai tahap 6 ni tak boleh watpe lah,tahap dewa dah degilnya, lafaz taklik cerai kepada isteri kerana kalau suami berdiam diri melihat kemaksiatan isteri maka dayus lah lelaki itu. Senang cerita lelaki dayus tak masuk syurga.

Contoh taklik : Andai isteri aku tidak ingin menutup aurat di khalayak ramai atau berzina dengan lelaki selain daripada aku (suami) maka jatuhlah baginya cerai talak satu.

Taklik boleh buat kat pejabat agama, siap boleh dapat salinan lagi. Kalau isteri langgar syarat taklik maka jatuh lah talak. Faham? Kalau tak faham gi tanya ustaz (sebab aku pun buat-buat faham).

Ok cukup, da abis bab isteri curang, harap yang baca dapat faham dan amalkan.

Jadi untuk meng"sinonim"kan tajuk entry kali ini dengan pembebelan aku, aku akan membawa korang untuk sama-sama menjelajah ke alam kematian. Atau lebih tepat lagi aku pergi menziarahi orang yang meniggal dunia.

Kematian seorang manusia tidak sama macam apa yang aku rasa ketika hamster aku mati. Siapa yang nak rasa perasaan aku bela hamster yang kematian hamster betinanya boleh baca Hamster Bunuh Diri. Hamster yang aku bagi makan, mandikan, manjakan setiap hari. Memang agak feeling la mase hamster aku mati.

Tapi bila menghadapi kematian seorang manusia walaupun orang tu aku tak kenal, ternyata mengundang seribu satu rasa perasaan yang aku sendiri tak tahu apa maksudnya. Tiba-tiba jek rasa macam aku ni banyak dosa (memang banyak pun).

Semuanya bermula apabila awal pagi tadi mak aku suruh bersiap awal nak balik kampung. Aku baru jek nak baring balik atas tilam empuk sebab nak qadak malam tadi aku tido lewat (dan pagi tadi juga subuh aku turut lewat). Potong stim betul.

Tapi tak nak jadi anak derhaka punya pasal aku turut kan jua. Kang tak pasal-pasal aku kena sumpah jadi batu, tak pun mak aku merajuk lari pergi batu belah batu bertangkup. Aku pun pergilah mandi pagi, siap-siap agak macam hensem sikit aku pun keluar la rumah.

Ayah mak aku da tunggu lama dalam kereta. Aku masuk terus jek jalan. Masa tu ada 5 orang, aku, mak ayah aku, dan 2 adik perempuan yang sudah berpunya (jangan gatal nak cucuk line). Pastu tergerak hati aku nak tanya kat mak apsal tibe-tibe balik kampung?

"Ada orang meniggal, kat Lenga, ingat tak orang yang jual mi goreng sedap kat bazaar ramadhan tahun lepas?"

"oo ingat"

"Tokey kedai tu la yang meniggal ni"

Innalillah. Baru jek tahun lepas aku makan mi goreng dia. Memang sedap. Dapat rasa kelazatan mi goreng dari setiap helaian mi, rasa pedas tapi tak pedas, ada manis sikit, cukup masam masinnya, sekali suap pasti akan membangkitkan selera untuk suapan kedua. Macam ada rasa kicap pekat, likat di tangan tapi cair di mulut, dan...err....jap, aku tengah lapar sebenarnya. Sori termelalut. Aku gi makan jap.

Bismillah. Nyum...nyum...nyum..nyum. Eh lupa lak jemput makan. Nyum..nyum..nyum..jangan lupa baca doa kalau tak anda sama saja macam beruk. Nyum..nyum..

(30 minit kemudian)

Burpp!!!Alhamdulillah. Sori ada bau tempoyak sikit. Emm perut kenyang, hati girang, fikiran pun tenang. Tapi tadi masa kat rumah arwah memang hati tak tenang.

Masa mula-mula mak cakap nak pergi ziarah orang menigggal, hati aku tak de la rase pape. Rilek jek macam air yang tenang jangan di sangka tiada kura-kura. Tapi bila semakin dekat nak sampai, ada rasa macam pelik sikit.

Sebelum sampai ke rumah arwah, memang kena lalu kubur dulu. Kelihatan orang tengah sibuk di kawasan perkuburan. Ayah aku pulak kurang pasti lokasi rumah arwah dan amik keputusan tanya pak cik kat situ.

"Ni kubur untuk arwahnya si polan kan? Da tanam ker"
 (maaf terpaksa rahsiakan nama si mati, sebab kalau aku bagi tau korang bukan kenal pun!)

"haah kubur arwah, tapi belum tanam lagi" jawab pak cik itu spontan.

"tau tak macam mana nak gi rumah arwah"

"ini jalannya, terus jek, sampai sekolah batu 28, ada simpang masuk kiri"

Selepas mangucapkan terima kasih ayah aku teruskan perjalanan. Ternyata rumah yang di cari tak jumpa. Ayah aku tak puas hati try la tanya orang lain. Nak dijadikan cerita orang yang di tanya tu adiknya arwah. So ikut jek lah adik arwah sampai rumah.

Rupanya lepas sekolah batu 28 belok kanan. $^@&^&* punya pak cik. Tak tau buat-buat tau pulak. Tak pasal-pasal sesat tadi. Tapi hidup kena bersangka baik. Mungkin pak cik tu ada sindrom permasalahan kiri dan kanan. Otak kiri kanan dia da terbalik kot. Siapa tau kan.

Bila da sampai, kelihatan saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, penduduk kampung berkumpul mengelilingi rumah arwah. Ada yang duduk, berdiri, berborak, yang bergelak ketawa pun ada. Mungkin tengah berborak tentang saat-saat gembira bersama arwah agaknya.

Kebetulan aku datang orang tengah mandikan jenazah. Bau la sikit-sikit kapur barus, ada macam minyak wangi, macam-macam bau ada. Bab-bab bau ni yang aku kalah sikit, tapi sebagai anak lelaki sejati aku harus tabah. Aku cuba nak intai jenazah yang dimandikan tapi terhalang oleh hijab.

Jenazah kemudiannya di bawa masuk ke dalam rumah untuk dikafankan. Kelihatan 6 orang mengangkat arwah. Urgh macam berat jek, agak-agak kalau aku meninggal berapa orang baru boleh angkat aku. Berat aku sekarang 95kg. Cukup ker 6 orang jek angkat? Ish tak boleh jadi ni. Aku kena turun kan berat badan. Mesti!!!

Bila mayat sedang di kafankan orang ramai berpusu-pusu pergi ambil wuduk dekat bilik air. Aku pelik la watpe ambil wuduk, tak kan nak tengok mayat pun kena ada wuduk? Tapi nak elak daripada aku sorang jek yang tak amik wuduk aku pun amik jek la sekali.

Masa nak amik wuduk ternampak sekilas wajah arwah, umur agak pertengahan, hidungnya disumbatkan dengan kapas, mata dan mulut terkatup rapat, hanya wajah saja yang terdedah, bahagian tubuh yang lain ditutup kemas dengan kain putih. Aku pun cepat-cepat kalih pandangan ke tempat lain. Berderau rasanya menatap wajah mayat terlalu lama.

Rupa-rupanya solat jenazah dilakukan di rumah arwah. Tidak hairanlah semua orang ambil wuduk. Aku pun ambil tempat di dalam saf. Solat jenazah dilakukan secara rapat-rapat sebab takde rukuk dan sujud. Bila imam angkat takbir aku pun gelabah, apa yang aku nak baca ni? Aduh lemahnya pengetahuan agama. Dulu darjah 5 ada la hafal, lepas 11 tahun agak-agak boleh ker aku ingat?

Aku pun amik keputusan baca jek lah selawat apa-apa yang patut. 4 kali takbir semua aku hentam jek baca apa aku suka. Mudah-mudahan Allah terima solat jenazah aku.

Setelah selesai jenazah di usung keluar untuk di bawa ke tanah perkuburan, dalam keadaan orang ramai aku ternampak sekumpulan keluarga yang sedang menahan sebak, anak-anak yang kelihatan sebaya aku berlinang air mata tetapi di pujuk oleh ibu mereka, kelihatan juga anak-anak kecil yang belum mengerti apa-apa tetapi turut menangis bersama. Mungkin ini keluarga arwah agaknya. Tiada apa yang aku mampu buat untuk mengurangkan kesedihan mereka.

Tiba-tiba aku ternampak bekas tabung di hadapan pintu masuk rumah arwah. Kelihatan ada gumpalan not-not wang kertas di dalamnya. Aku pun try la raba-raba poket kot-kot ada duit. Alamak duit shiling jek. Takpelah, mudah-mudahan duit ni dapat ringankan beban keluarga arwah.

Ketika jenazah di bawa keluar, setiap langkah untuk mayat dimasukkan ke dalam van jenazah dibacakan al-fatihah. Sampai lah jenazah masuk ke dalam van. Seterusnya jenazah akan dikebumikan.

Pengebumian di kampung-kampung mahupun di bandar tidak akan lari daripada bacaan talqin. Aku kat sini tak nak bahas tentang talkin itu bidaah atau tidak. Sebab pada zaman nabi s.a.w takde pun amalan membaca talkin. Jadi secara automatik talkin itu jatuh atas hukum bidaah.

Tetapi perkara ini juga sama seperti membaca yassin pada setiap malam jumaat. Jadi biarlah Allah saja menentukan amalan bidaah di terima atau tidak. Kerana ada pendapat beberapa ulamak yang membolehkan bidaah hasanah iaitu yang berbuat kebaikan asalkan tidak bertentangan dengan syarak'.

Bila aku teliti balik bacaan talqin ini, ada satu rangkap yang bunyinya lebih kurang macam ni:

Malaikat Mungkar dan Nangkir akan bertanya:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?  


Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.


Ok cukup sikit jek, ada panjang lagi. Kalau di baca dan di hayati keseluruhannya memang meremang bulu atas dan bawah. Ini memang soalan wajib yang akan di tanya dalam kubur. Tak boleh nak skip, memang kita kena amik ujian ni.

Tetapi, pernah tak kita terfikir, andai si mati itu dengar dengan talkin ni, dia hafal soalan dengan jawapan, dengan talkin tu sekali dia boleh ingat dari hujung pangkal sampai la habis. Agak-agak sampai malaikat nanti boleh ker dia jawab soalan tu?

Adakah ujian kat kubur sama macam ujian kat dunia yang mana kita di beri kertas dan ada pilihan jawapan. Ataupun kita kena padankan soalan dengan jawapan yang sesuai. Ataupun kita boleh pilih jawapan A, B, C atau D?. Siapa sebenarnya yang menjawab soalan Mungkar dan Nangkir? Atau sebenarnya wujud ke soalan-soalan ni?

Jadi untuk merungkai misteri aku cuba merujuk kepada ayat al-quran

firman Allah :Pada hari itu (akhirat) Kami tutup mulut mereka; kedua tangan mereka memberitahu Kami, dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang mereka telah usahakan.
(Yasin: 65)

Berdasar tafsiran para ulamak ayat ini menunjukkan manusia berhadapan kubur dengan amalannya sendiri dan tiada kaitan dengan peringatan sebelum masuk ke kubur ataupun talqin. Ini menunjukkan bahawa talqin itu tidak membantu sedikit pun kepada si mati kerana penentu jawapan adalah amalannya yang terdahulu. Walau berkali-kali pun talqin dibacakan, walau kita letak soalan beserta jawapan dalam kubur sekalipun, tidak bermakna si mati mampu menjawab soalan Mungkar dan Nangkir.


Jadi kepada siapakah talqin ini ditujukan? Pada pendapat aku yang lemah agama ini, peringatan Talqin itu khas untuk orang yang masih hidup, yang masih mampu menimba amalan, masih lagi sempat nak tambah pahala, Allah masih bagi nyawa untuk persiapkan diri sebelum malaikat maut datang jemput.

Kerana nabi s.a.w pernah bersabda

"Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka  dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang yang cerdik. "
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)


Talqin tidak dapat membantu jenazah yang sudah meninggal dunia, sebab bila seorang anak adam itu mati, maka terputuslah segala hubungan dengan dunia kecuali dengan 3 perkara:

1) Sedekah jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Anak yang soleh

Oleh itu banyakkan sedekah jariah, ajarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, jadilah anak yang soleh dan lahirkan anak yang soleh demi alam barzakh yang bakal kita tempuhi. Mati itu pasti. Hidup..Insyallah.

Wallahualam.




p/s : Sedang cuba ringan kan badan dan beratkan amalan agar orang tak berat nak angkat aku masa mati nanti. Walawei!