Tuesday, November 22, 2011

Malaysia menang penalti..

"Penalti" membawa maksud hukuman atau dalam erti kata lain denda yg akan dikenakan jika berbuat kesalahan. Perkataan "penalti" juga berasal drpd "penalty" yg same bunyi dan juga mksudnya.

Mahupun begitu, penggunaan perkataan "penalti" dalam sesuatu ayat akan membawa maksud yg brlainan. Sebagai contoh:

"Malaysia menang penalti 4-3 lwn Indon tadi!!"

Ayat di atas membawa mksud Malaysia telah seri dgn Indonesia dlm perlawanan final bola sepak sukan SEA dan kemenangan di tntukan oleh tndangan penalti. Contoh ayat ke-2:

"Fakrul Saarani td yg tak score penalti!!"

Ayat di atas membawa maksud Fakrul Saarani mmg patut kena penalti (hukuman).

Menang kalah adat pertandingan, tahniah buat team Malaysia mng kali ni. Jgn gaduh2 dgn makcik cleaner indon pasal bola nnt diorg mogok tak nak sapu sampah. Klau tak puas ati ajak makcik tu men bola.

p/s : klau aku yg amik penalti td mesti lg teruk drpd Fakri Saarani.(ataupun lg bgus, walawei!!)

Saturday, November 19, 2011

Setapak..Selangkah..

Sya'ban..Ramadhan..Syawal..Ogos..September..Oktober..

Bulan berganti bulan, hari berganti hari, air sungai pasang surut, bulan purnama tenggelam tibul, orang datang bulan pun da ganti puasa, orang cerai pun dah dapat isteri baru, yg baru kawin da beranak satu, tapi aku..

..aku masih belum hilang berat badan. Maintain. Istiqamah.

Susahnya nak mulakan selangkah. Nak maju setapak. Penuh dengan halangan dan liku2 kehidupan yang buatkan hidup terlalu sibuk hingga rasakan yg bersenam tak muat untuk dimasukkan dalam jadual kehidupan seharian.

Semuanya bermula pada cuti semester pada tahun ini yg dipanjangkan hingga ke bulan 9 sebab semua universiti nak setarakan tarikh kemasukan para pelajar di seluruh dunia. Supaya nanti bila tarikh graduate semua org sama satu dunia (yeker? aku main teka jek ni).

So tak pasal2 aku kena cuti 4 bulan dan aku tak punya perancangan untuk ape2.

Umi cakap "pegi la cari keje, tak kan nak sedut lemak 4 bulan"

Aku baru ingat nak jogging selama 4 bulan, nanti naik2 kolej org len sume kagum dengan ke-slim-an aku. Harapan punya la tinggi, siap beli tracksuit, kasut jog, dan dah sediakan jadual senaman beserta carta organisasi pemakanan yang sihat. Ala yg bentuk piramid tu, yg atas mkn sikit yg bawah mkn banyak.

Sebelum cuti da prepare mcm2 tips cari kt internet, tgk kt utube, senaman perut, pinggul, peha, lengan, lutut, jangan mkn itu jangan mkn ini. Kalau lepas pukul 8 malam jangan makan. Makan nasi sepinggan jek sehari. Jangan makan roti putih. Lepas makan tunggu 30 minit baru minum air. Minum air suam jek jangan air manis. Da macam petua orang pakai susuk pun ade.

Sampai jek rumah, harammm..Sebulan tak buat pape. Lepas makan guling2 atas katil, selagi ada makanan kat dapur mmg tak berenti kunyah. Memang jadi tayar la perut aku. Agak2 tayar pancit boleh la wat tayar spare. Bila kira2 ada 2-3 lapis perut ni, mcm dunkin donut pn ade.

Walaupun runsing dengan keadaan diatas, aku (bukan nama sebenar) tetap dengan hobi harian nya mengunyah. Dan terus mengunyah. Nyum nyum nyum.

Tapi nak dijadikan cerita, satu hari ayah aku ada hari kantin kat sekolah. Ayah aku mmg ade darah peniaga sbb dr aku kecik ayah mmg meniaga kecil-kecilan nk besar kn aku yg mmg da besar ni. Jual goreng pisang, air tauhu, rojak petis dan mcm2 lagi. Aku pn tak ingat sebab kecik lg. Siang ngajor kat sekolah, ptg niaga depan rumah. Jd cikgu dulu susah, gaji kecik tak macam cikgu sekarang, baru jd cikgu da beli mercedes (2nd hand). Nak tak nak kena la cri duit nak suap makan anak2.

Jadi masa hari kantin ayah aku bkk la satu gerai jual "Roti John". Menu yg agak terkenal kt Malaysia ni. Walaupun namenye "John" nama omputih, tapi rata2 masyarakat melayu yg jual. Apsal? Ntah aku pn tak tau. Kenapa tak bagi nama "Roti Johan" ataupun "Roti naib-Johan" itu tidak mampu aku nak jawab. Mungkin ketika negara kita kena jajah dulu En. John (nama timangan) tertinggal roti perancis di airport sebelum terbang pulang ke negara asal.

"mak ni roti siapa mak tetinggal ni, panjang semacam jek"

"Ni roti John, ala jiran sebelah rumah kita tu"

 Mungkin begitulah agaknya asal-usul roti john ni. (Jangan percaya)

Menu roti ni agak mudah, cuma telur, sayur, daging atau ayam, sos dan mayonis. Dan hasil jualan amatlah memberangsangkan. Untuk sehari hari kantin ayah aku dapat jual 170++ ketul roti john. Jual cuma 4 jam dr pukul 8 pg smpai 12 tghri.

Alhamdulillah ade rezki untuk hari tu. Sampai rumah, ayah seronok bercerita roti john yg laku di beli para pelajarnya. Sampai telur habis, pegi lg kedai beli lg 2 papan sebab tak cukup. Dan ternyata keseronokan berniaga jelas terpancar kat wajah ayah. Kepuasan org membeli brg jualan yg tak kan kita dapat klau setakat kerja KFC ataupun Mcd, ataupun mencuri.

Ketika meraba2 perut yg semakin memboyot.

"ni ayah dah jual roti john, abang (aku) sambung jek la jual" umi aku memberi cadangan.

"tak de modal la" aku cuba berdalih sebab tak minat.

"umi boleh bg, lg pun bkn buat apa pn duduk kt rumah"

Rungsing jugak bila pikirkan pilihan yg aku ada tp aku tak berapa minat. Aku da apply kerja Pizza Hut dan Secret Recipe. Dia cakap kalau nk pakai org dia akan call. Tp hampeh,  lepas sebulan takde jugak panggilan kerja.

Asbab kerana takde pilihan, aku pun setuju jek lah dengan cadangan umi. Umi siap belikan meja, dapur, khemah untuk aku start niaga. Drpd aku tunggu Pizza Hut panggil baik aku bkk kedai sendiri.

Dan alhamdulillah perniagaan aku boleh la jalan. Pendapatan aku dapat lg banyak drpd buat part time kt Secret Recipi. Kebetulan masa aku niaga da nak masuk bulan Ramadhan, aku dapat bayar duit khemah serta barang2 yg beli pakai duit umi, pastu boleh byr sewa tapak untuk bazaar ramadhan yg akan datang.

Merasa la kjp mcm org kaya, beli topup da tak payah mintak duit mak ayah, boleh beli eskrem pakai duit sndri, padan la dalam Islam ada cakap "9/10 hasil kekayaan adalah dengan berniaga", lebih kurang camtu la ayat dia. Kebetulan masa tu adik aku pun sama cuti, dia pun ikut sama berniaga. Dapat jugak lah aku bg duit saku.

Tapi itulah kehidupan, daripada sesuatu yg kita tak minat, akan jadi sesuatu pengalaman berharga yg tak boleh kita beli kat mana2. Betul cakap org tua2, "tak kenal maka tak cinta". Sedangkan kita selalu memilih dalam laluan kehidupan sedangkan peluang yg ada kita tak nak cuba.

"tak nak lah keja warung, malu"

"kerja gaji ciput, baik aku duduk rumah"

"aku ni tak pandai, kerja apa lah yg aku boleh buat"

"ulat dalam batu pn boleh hidup, watpe kje susah2"


Mulakan lah dengan setapak, berjalanlah dengan selangkah. Selagi kita tak bermula, kita tak kn ke mana2. Tuhan dah berjanji siapa yg berusaha dia akan berjaya. Sedangkan nabi pun berusaha bsusah payah nak berhijrah dr mekah ke madinah. Terpaksa brsembunyi dlm gua. Di baling dgn batu.

 "Dia nabi boleh lah"

Kerana itulah nabi di cipta di kalangan manusia, agar kita mampu buat sprti mne yg nabi buat. Kalau nabi di kalangan malaikat tak mmpunye kita nk sujud bratus2 tahun sprti para mlaikat.

Tak kira lah kita bangsa apa, agama apa, beza warna kulit, keturunan, carilah sesuatu untuk mulakan hidup baru. Dan yakin lah tuhan itu maha melihat usaha yg kita lakukan.

Jangan kerana ini negara kita, tanah tumpah darahku, kita menjadi terlalu selesa dan leka dengan apa yg kita miliki. (tiba2 dalam mood bersalsampah).

Nasihat aku (kalau nak dengar la) cubalah sesuatu bkn kerana minat, kerana minat boleh di pupuk, batu klau titis air hari2 akan lekuk jugak, camtu lah hati manusia. Carilah pengalaman sementara kudrat masih muda.


p/s : sebab aku niaga dpt beli nset google nexus s! (saja nak poyo)

Saturday, June 18, 2011

Segmen : Selamat Hari Bapa


Ini adalah segmen oleh wancikgumuzik sempena Hari Bapa.

Di antara 10 poster yang wancikgumuzik sediakan, ini yang aku rase paling menarik rasa hati kalbu ini. Ayah aku memang suka julang aku tinggi-tinggi. Bak pantun orang tetua

Julang anak tinggi-tinggi,
Baling sampai atas atap,
Belum lagi aku tumbuh gigi,
Da pandai makan nasi dengan kicap.  

Tapi itu dulu, masa muda-muda, ringan jek macam kapas, kena tiup agin pun melayang. Sekarang da berat, kena pakai kren baru nak terangkat.
Jadi kedudukan ayah ni dalam Islam terletak pada nombor 4. Apsal no 4?

Seorang sahabat pernah bertanya nabi s.a.w

"Siapa yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini? " 

"Ibu kamu," jawab Nabi. 

"Dan siapa lagi? "

"Ibu kamu," Nabi mengulangi. 

"Selepas itu siapa? " orang itu bertanya lagi. 

"Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga. 

"Dan selepas itu? " "Selepas itu ayah kamu." 

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.)




Tetapi walaupun ayah no.4, dia tetap lebih penting dari awek, cikgu sekolah, member-member, kerja sekolah dan kerja-kerja yang sewaktu dengannya. Oleh itu anak yang lari dari rumah sebab ikut pakwe pergi Lombok atau mat-mat rempit yang tak reti nak balik rumah, pulanglah wahai anak.

Sebab ayah nak pakai pulak motor tu nak pegi masjid. Kot ye pun korang tak solat jangan sampai menyusahkan orang lain nak pergi solat.


Kredit untuk wancikgumuzik.


p/s : "ayah, nak dukung.."
        "Pang!!!"

Monday, June 13, 2011

Talqin Itu Untuk Orang Hidup

Bulan ini aku memang teramat sibuk, lebih sibuk daripada wakil rakyat, lebih sibuk dari beruk-beruk yang kini sudah mengganas di kawasan perumahan aku sebab sekarang musim durian kat segamat, atau nama saintifiknya thorn fruit (entah yeker?).

Beruk ini memang sinonim dengan musim buah, ibarat musim durian itu seperti konsert Justin Bibier yang berebut-rebut orang pergi tengok. Beruk ini akan terlompat-lompat mencuri buah lantas dengan rakusnya makan tanpa baca bismillah. So nak beza kan kita dengan beruk makan baca la bismillah yek. (yang pergi konsert pun sama terlompat-lompat macam beruk)

Jadi sebelum nak ke topik utama, aku nak abis kan dulu tazkirah yang lepas. Sikit jek nak explain pasal menangani isteri curang. Kalau belum baca, sila lah rajinkan diri baca Isteri Curang Salah Siapa dan Tegur Dengan Berkhemah untuk lebih memahami apa yang aku sedang merepek sekarang ini. Kalau malas maknanya anda memang pemalas (sama macam aku).

Straigth to the point, malas nak bebel panjang-panjang. Nak tegur isteri degil ada 6 cara (berdasarkan ceramah ustaz yang pernah aku dengar):

1) Kalau suami tak pandai tegur bawak gi dengar ceramah agama

2) Kalau tak jalan jugak suami boleh tidur berasingan dengan isteri

3) Masih degil? Rotan isteri kat tapak kaki guna batang jerami bukan batang kayu!. Nabi Ayub pernah buat.

4) Tak sanggup rotan sebab isteri cantik? Mintak mak ayah atau mertua tolong tegurkan

5) Tetap gagal? Cakap dengan isteri nak kawin lagi satu

6) Da sampai tahap 6 ni tak boleh watpe lah,tahap dewa dah degilnya, lafaz taklik cerai kepada isteri kerana kalau suami berdiam diri melihat kemaksiatan isteri maka dayus lah lelaki itu. Senang cerita lelaki dayus tak masuk syurga.

Contoh taklik : Andai isteri aku tidak ingin menutup aurat di khalayak ramai atau berzina dengan lelaki selain daripada aku (suami) maka jatuhlah baginya cerai talak satu.

Taklik boleh buat kat pejabat agama, siap boleh dapat salinan lagi. Kalau isteri langgar syarat taklik maka jatuh lah talak. Faham? Kalau tak faham gi tanya ustaz (sebab aku pun buat-buat faham).

Ok cukup, da abis bab isteri curang, harap yang baca dapat faham dan amalkan.

Jadi untuk meng"sinonim"kan tajuk entry kali ini dengan pembebelan aku, aku akan membawa korang untuk sama-sama menjelajah ke alam kematian. Atau lebih tepat lagi aku pergi menziarahi orang yang meniggal dunia.

Kematian seorang manusia tidak sama macam apa yang aku rasa ketika hamster aku mati. Siapa yang nak rasa perasaan aku bela hamster yang kematian hamster betinanya boleh baca Hamster Bunuh Diri. Hamster yang aku bagi makan, mandikan, manjakan setiap hari. Memang agak feeling la mase hamster aku mati.

Tapi bila menghadapi kematian seorang manusia walaupun orang tu aku tak kenal, ternyata mengundang seribu satu rasa perasaan yang aku sendiri tak tahu apa maksudnya. Tiba-tiba jek rasa macam aku ni banyak dosa (memang banyak pun).

Semuanya bermula apabila awal pagi tadi mak aku suruh bersiap awal nak balik kampung. Aku baru jek nak baring balik atas tilam empuk sebab nak qadak malam tadi aku tido lewat (dan pagi tadi juga subuh aku turut lewat). Potong stim betul.

Tapi tak nak jadi anak derhaka punya pasal aku turut kan jua. Kang tak pasal-pasal aku kena sumpah jadi batu, tak pun mak aku merajuk lari pergi batu belah batu bertangkup. Aku pun pergilah mandi pagi, siap-siap agak macam hensem sikit aku pun keluar la rumah.

Ayah mak aku da tunggu lama dalam kereta. Aku masuk terus jek jalan. Masa tu ada 5 orang, aku, mak ayah aku, dan 2 adik perempuan yang sudah berpunya (jangan gatal nak cucuk line). Pastu tergerak hati aku nak tanya kat mak apsal tibe-tibe balik kampung?

"Ada orang meniggal, kat Lenga, ingat tak orang yang jual mi goreng sedap kat bazaar ramadhan tahun lepas?"

"oo ingat"

"Tokey kedai tu la yang meniggal ni"

Innalillah. Baru jek tahun lepas aku makan mi goreng dia. Memang sedap. Dapat rasa kelazatan mi goreng dari setiap helaian mi, rasa pedas tapi tak pedas, ada manis sikit, cukup masam masinnya, sekali suap pasti akan membangkitkan selera untuk suapan kedua. Macam ada rasa kicap pekat, likat di tangan tapi cair di mulut, dan...err....jap, aku tengah lapar sebenarnya. Sori termelalut. Aku gi makan jap.

Bismillah. Nyum...nyum...nyum..nyum. Eh lupa lak jemput makan. Nyum..nyum..nyum..jangan lupa baca doa kalau tak anda sama saja macam beruk. Nyum..nyum..

(30 minit kemudian)

Burpp!!!Alhamdulillah. Sori ada bau tempoyak sikit. Emm perut kenyang, hati girang, fikiran pun tenang. Tapi tadi masa kat rumah arwah memang hati tak tenang.

Masa mula-mula mak cakap nak pergi ziarah orang menigggal, hati aku tak de la rase pape. Rilek jek macam air yang tenang jangan di sangka tiada kura-kura. Tapi bila semakin dekat nak sampai, ada rasa macam pelik sikit.

Sebelum sampai ke rumah arwah, memang kena lalu kubur dulu. Kelihatan orang tengah sibuk di kawasan perkuburan. Ayah aku pulak kurang pasti lokasi rumah arwah dan amik keputusan tanya pak cik kat situ.

"Ni kubur untuk arwahnya si polan kan? Da tanam ker"
 (maaf terpaksa rahsiakan nama si mati, sebab kalau aku bagi tau korang bukan kenal pun!)

"haah kubur arwah, tapi belum tanam lagi" jawab pak cik itu spontan.

"tau tak macam mana nak gi rumah arwah"

"ini jalannya, terus jek, sampai sekolah batu 28, ada simpang masuk kiri"

Selepas mangucapkan terima kasih ayah aku teruskan perjalanan. Ternyata rumah yang di cari tak jumpa. Ayah aku tak puas hati try la tanya orang lain. Nak dijadikan cerita orang yang di tanya tu adiknya arwah. So ikut jek lah adik arwah sampai rumah.

Rupanya lepas sekolah batu 28 belok kanan. $^@&^&* punya pak cik. Tak tau buat-buat tau pulak. Tak pasal-pasal sesat tadi. Tapi hidup kena bersangka baik. Mungkin pak cik tu ada sindrom permasalahan kiri dan kanan. Otak kiri kanan dia da terbalik kot. Siapa tau kan.

Bila da sampai, kelihatan saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, penduduk kampung berkumpul mengelilingi rumah arwah. Ada yang duduk, berdiri, berborak, yang bergelak ketawa pun ada. Mungkin tengah berborak tentang saat-saat gembira bersama arwah agaknya.

Kebetulan aku datang orang tengah mandikan jenazah. Bau la sikit-sikit kapur barus, ada macam minyak wangi, macam-macam bau ada. Bab-bab bau ni yang aku kalah sikit, tapi sebagai anak lelaki sejati aku harus tabah. Aku cuba nak intai jenazah yang dimandikan tapi terhalang oleh hijab.

Jenazah kemudiannya di bawa masuk ke dalam rumah untuk dikafankan. Kelihatan 6 orang mengangkat arwah. Urgh macam berat jek, agak-agak kalau aku meninggal berapa orang baru boleh angkat aku. Berat aku sekarang 95kg. Cukup ker 6 orang jek angkat? Ish tak boleh jadi ni. Aku kena turun kan berat badan. Mesti!!!

Bila mayat sedang di kafankan orang ramai berpusu-pusu pergi ambil wuduk dekat bilik air. Aku pelik la watpe ambil wuduk, tak kan nak tengok mayat pun kena ada wuduk? Tapi nak elak daripada aku sorang jek yang tak amik wuduk aku pun amik jek la sekali.

Masa nak amik wuduk ternampak sekilas wajah arwah, umur agak pertengahan, hidungnya disumbatkan dengan kapas, mata dan mulut terkatup rapat, hanya wajah saja yang terdedah, bahagian tubuh yang lain ditutup kemas dengan kain putih. Aku pun cepat-cepat kalih pandangan ke tempat lain. Berderau rasanya menatap wajah mayat terlalu lama.

Rupa-rupanya solat jenazah dilakukan di rumah arwah. Tidak hairanlah semua orang ambil wuduk. Aku pun ambil tempat di dalam saf. Solat jenazah dilakukan secara rapat-rapat sebab takde rukuk dan sujud. Bila imam angkat takbir aku pun gelabah, apa yang aku nak baca ni? Aduh lemahnya pengetahuan agama. Dulu darjah 5 ada la hafal, lepas 11 tahun agak-agak boleh ker aku ingat?

Aku pun amik keputusan baca jek lah selawat apa-apa yang patut. 4 kali takbir semua aku hentam jek baca apa aku suka. Mudah-mudahan Allah terima solat jenazah aku.

Setelah selesai jenazah di usung keluar untuk di bawa ke tanah perkuburan, dalam keadaan orang ramai aku ternampak sekumpulan keluarga yang sedang menahan sebak, anak-anak yang kelihatan sebaya aku berlinang air mata tetapi di pujuk oleh ibu mereka, kelihatan juga anak-anak kecil yang belum mengerti apa-apa tetapi turut menangis bersama. Mungkin ini keluarga arwah agaknya. Tiada apa yang aku mampu buat untuk mengurangkan kesedihan mereka.

Tiba-tiba aku ternampak bekas tabung di hadapan pintu masuk rumah arwah. Kelihatan ada gumpalan not-not wang kertas di dalamnya. Aku pun try la raba-raba poket kot-kot ada duit. Alamak duit shiling jek. Takpelah, mudah-mudahan duit ni dapat ringankan beban keluarga arwah.

Ketika jenazah di bawa keluar, setiap langkah untuk mayat dimasukkan ke dalam van jenazah dibacakan al-fatihah. Sampai lah jenazah masuk ke dalam van. Seterusnya jenazah akan dikebumikan.

Pengebumian di kampung-kampung mahupun di bandar tidak akan lari daripada bacaan talqin. Aku kat sini tak nak bahas tentang talkin itu bidaah atau tidak. Sebab pada zaman nabi s.a.w takde pun amalan membaca talkin. Jadi secara automatik talkin itu jatuh atas hukum bidaah.

Tetapi perkara ini juga sama seperti membaca yassin pada setiap malam jumaat. Jadi biarlah Allah saja menentukan amalan bidaah di terima atau tidak. Kerana ada pendapat beberapa ulamak yang membolehkan bidaah hasanah iaitu yang berbuat kebaikan asalkan tidak bertentangan dengan syarak'.

Bila aku teliti balik bacaan talqin ini, ada satu rangkap yang bunyinya lebih kurang macam ni:

Malaikat Mungkar dan Nangkir akan bertanya:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?  


Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.


Ok cukup sikit jek, ada panjang lagi. Kalau di baca dan di hayati keseluruhannya memang meremang bulu atas dan bawah. Ini memang soalan wajib yang akan di tanya dalam kubur. Tak boleh nak skip, memang kita kena amik ujian ni.

Tetapi, pernah tak kita terfikir, andai si mati itu dengar dengan talkin ni, dia hafal soalan dengan jawapan, dengan talkin tu sekali dia boleh ingat dari hujung pangkal sampai la habis. Agak-agak sampai malaikat nanti boleh ker dia jawab soalan tu?

Adakah ujian kat kubur sama macam ujian kat dunia yang mana kita di beri kertas dan ada pilihan jawapan. Ataupun kita kena padankan soalan dengan jawapan yang sesuai. Ataupun kita boleh pilih jawapan A, B, C atau D?. Siapa sebenarnya yang menjawab soalan Mungkar dan Nangkir? Atau sebenarnya wujud ke soalan-soalan ni?

Jadi untuk merungkai misteri aku cuba merujuk kepada ayat al-quran

firman Allah :Pada hari itu (akhirat) Kami tutup mulut mereka; kedua tangan mereka memberitahu Kami, dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang mereka telah usahakan.
(Yasin: 65)

Berdasar tafsiran para ulamak ayat ini menunjukkan manusia berhadapan kubur dengan amalannya sendiri dan tiada kaitan dengan peringatan sebelum masuk ke kubur ataupun talqin. Ini menunjukkan bahawa talqin itu tidak membantu sedikit pun kepada si mati kerana penentu jawapan adalah amalannya yang terdahulu. Walau berkali-kali pun talqin dibacakan, walau kita letak soalan beserta jawapan dalam kubur sekalipun, tidak bermakna si mati mampu menjawab soalan Mungkar dan Nangkir.


Jadi kepada siapakah talqin ini ditujukan? Pada pendapat aku yang lemah agama ini, peringatan Talqin itu khas untuk orang yang masih hidup, yang masih mampu menimba amalan, masih lagi sempat nak tambah pahala, Allah masih bagi nyawa untuk persiapkan diri sebelum malaikat maut datang jemput.

Kerana nabi s.a.w pernah bersabda

"Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka  dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang yang cerdik. "
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)


Talqin tidak dapat membantu jenazah yang sudah meninggal dunia, sebab bila seorang anak adam itu mati, maka terputuslah segala hubungan dengan dunia kecuali dengan 3 perkara:

1) Sedekah jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Anak yang soleh

Oleh itu banyakkan sedekah jariah, ajarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, jadilah anak yang soleh dan lahirkan anak yang soleh demi alam barzakh yang bakal kita tempuhi. Mati itu pasti. Hidup..Insyallah.

Wallahualam.




p/s : Sedang cuba ringan kan badan dan beratkan amalan agar orang tak berat nak angkat aku masa mati nanti. Walawei!

Thursday, May 26, 2011

Tegur Dengan Berkhemah

(Al-fatihah buat mangsa tanah runtuh anak yatim di Hulu Langat. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku)

Setelah seminggu pulang dari perantauan (kl), ini baru hari pertama aku dapat mengecapi nikmat ber'internet' di rumah kerana baru sahaja modem diperbaiki. Nikmatnya tak terkata macam orang lepas makan dapat isap rokok (kawan aku selalu buat) ataupun dah seminggu sembelit akhirnya keluar segala isi perut nasi impit, nasi goreng, tauhu, kangkung semua keluar tanpa tersekat-sekat (tak payah meneran).

Jadi dah dapat online aku pun terus meng'qadak' bacaan komik naruto, one piece, bleach, toriko dan segala apa benda yang tertunda semenjak seminggu yang lalu. Sampai aku terlupa nak solat isyak. Aku gi solat jap ek.

....

....

....

....

....

....

....

....

....

Yang korang tungu lama-lama ni dah solat ke belum? Gi dulu sementara aku sambung melalut.


Pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa ini ialah hargailah apa yang kita ada sekarang. Kalau hari-hari ada depan mata memang agak susah untuk dihargai. Bila dah tak de baru nak gelabah tak tentu arah macam kucing kena siram air. Hargailah mak bapak selagi masih ada.

So sekarang aku nak tunaikan janji untuk sambung post yang lepas. Kalau ada yang belum baca boleh baca kat sini. Cerita pasal kisah isteri curang yang asik ada kat depan dada-dada akhbar. Hari-hari beli surat khabar ade jek cerita suami isteri curang. Secara tak langsung aku pun turut support wartawan untuk cari pasangan yang curang sebab aku beli akhbar diorang. Syarikat surat khabar untung sebsb orang macam aku beli, yang rugi aku sebab abis duit setakat nak baca kisah suami isteri curang, yang paling rugi suami isteri yang curang tu sebab satu Malaysia baca kisah diorang.

Sebelum kita para lelaki khususnya para suami (aku belum kahwin) menegur para isteri, perlulah kita melengkapkan diri dengan ilmu. Ilmu apa? Ilmu bagaimana mengenal pasti kesilapan dan kesalahan yag isteri anda lakukan.

Andai kalau yang menegur pun 2 kali 5, tidak perlulah tegur lebih-lebih kerana ibaratnya bapak mengajar kencing berlari, anak kencing menari-nari. Macam mana nak tegur kalau suami pun tak pasti apa kesalahan isteri?

Sebelum aku melalut lebih lanjut, ingin aku tekan kan di sini jangan mencemuh orang yang berbuat salah. Kalau ada anak dara tak pakai tudung, orang lelaki pakai seluar pendek, auntie sebelah rumah nampak 'lurah', jangan di kutuk mereka kerana mungkin mereka tak tahu, atau mungkin diorang tahu tapi Allah belum bagi hidayah. So korang yang dah tahu ni kena lah tegur. Ada berani nak tegur?

Kerana kita tak tahu nilai setiap orang di sisi Allah itu bagaimana. Seperti mana kita tahu (sori kalau ada yang tak tahu) Saidina Umar Al-Khattab asalnya menetang keras pembawaan agama Islam yang di bawa oleh nabi s.a.w. Dia ni kerjanya nak pancung orang jek. Memang mafia zaman jahiliah dulu.

Nak di ceritakan kejam nya Umar ni sampai dia sanggup tanam anaknya sendiri hidup-hidup. Apa dia kesah tu anak dia. Perangai dah sebijik macam Ah Long kutip hutang. Kalau tak bayar timbus dengan simen. Lambat bayar potong tangan. Tapi kerana Allah itu maha pengampun dan maha penyayang, jadilah Saidina Umar seorang sahabat nabi s.a.w dan sama-sama berjuang menegakkan Islam. Alhamdulillah.

Mana lah tau kan auntie sebelah tu lepas pergi haji nanti Allah bagi hidayah, abang seluar pendek tu pulak dapat kahwin dengan isteri solehah, mudah-mudahan Allah bagi petunjuk dapat belajar agama daripada isteri.

Sebelum jadi lebih panjang, aku nak straight to the point macam mana nak tegur isteri secara berkhemah.

First sekali kita kenal dulu 3 perkara sebelum menegur isteri. Rupa, rasa, dan warna.

Rupa

Cuba ajak isteri keluar pergi makan atau shopping. Bila dah bersiap cuba belek-belek isteri, ada tak nampak 'rupa' aurat. Nak senang cerita, mintak maaf cakap, ada tak nampak rupa bentuk buah dada, punggung, bentuk kaki dan aurat yang lain. Kalau ada, belum sempurnalah isteri anda menutup aurat walaupun dia bertudung berlilit-lilit, berbungkus dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki.

Kerana nabi s.a.w pernah bersabda "umat akhir zaman menutup aurat ibarat seperti berbogel". Macam tu lah lebih kurang maksudnya. Kalau salah tolong betul kan. Sekarang terbukti sekarang ini akhir zaman bila ramai jek para gadis yang pakai tudung, tapi kita boleh teka saiz 'cup' berapa bra yang diorang pakai, seluar dalam besar mana, jenis apa, sekali pandang dah boleh teka. Sekilas gadis di McD sudah tahu besar kecik 'cup' nya. Jadi senang lah para lelaki untuk memilih saiz yang mereka mahu (agak-agak korang suka saiz 'cup' camne?).

Tak terkecuali walaupun dah jadi isteri orang, lelaki kat luar sana nenek orang pun dia sapu. Ini kan pulak isteri anda yang putih mulus gebu, muka ala iras-iras Ziana Zain, dulu bukan main berebut dengan Pak Mat Tempe nak buat isteri. Dah dapat tayang-tayang pulak. Simpan lah aurat isteri anda sebagai hak anda untuk dulu, kini dan selamanya.

Rasa

Dah puas belek isteri? Belek lagi buat kali ke-2. Apa yang anda rasa bila lihat isteri anda. Kalau anda rasa 'stim' maknanya ada benda yang tak betul di situ. Cuba cek bau badan dia, kalau ada bau wangi sampai buat kan anda tidak keruan sampai kalau boleh kat situ jugak anda nak buat 'projek' maka jangan lah bawak keluar isteri keluar. Ini di sebut dalam hadis :

"Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudia dia keluar, lali dia melewawti satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina"

Dan dosa zina ini suami yang tanggung kalau suami tak tegur isteri. Kalau tak wangi pun masih 'stim' cek pakaian yang isteri pakai. Ada terbelah sana-sini, nampak ke tak 'aset' isteri.

Dan kalau masih 'stim' jugak, minyak wangi tak pakai, baju kurung elok labuh, maknanya anda yang ada masalah. Pergilah hilang kan 'stim' anda dengan isteri, bukan dengan orang lain. Aku tak nak masuk campur.

Warna

Last sekali cek warna. Tengok isteri elok-elok, nampak tak warna kulit daripada luar baju, nampak ker warna tali bra dia, hitam ker putih, pakai kain nampak tak kurap kaki kat dalam, pakai tudung nampak tak warna rambut isteri oren, kuning, coklat.

Kalau nampak pandai-pandai la tegur. Tak nak tegur tanggung sendiri. Cukup lah malam-malam nampak tubuh isteri atas bawah, tak perlu nak tayang bawak jalan-jalan kat pasar raya. Kesian pak cik yang jalan-jalan, meleleh air liur dia tengok aurat isteri anda.

Hadis nabi s.a.w "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu"

Jadi kalau isteri anda tergolong dalam salah satu golongan di atas ataupun tercalon dalam ke tiga-tiga kategori, syabas untuk anda kerana masih belum terlambat. Anda mampu mengubahnya.

Bab nak tegur yang leceh sikit ni. Dulu kahwin isteri yang tanggung belanja kenduri, duit gaji bulan-bulan isteri buat makan suami, duit bil api, air, astro, duit top up semua isteri yang tanggung. Tiba-tiba nak tegur isteri pasal aurat. Apa hal! Baju seksi-seksi isteri yang beli, nak harap gaji suami makan terung jek lah hari-hari.

So spesis isteri tak makan saman atau 'queen control' memang melanda para suami di dunia. Jangan mengeluh kalau dapat isteri macam ni. Anda pulak sekolah agama takat darjah tiga. Tiba-tiba nak cerita pasal agama. Tak ke huru-hara jadi rumah tangga.

Kalau rasa-rasa kurang ilmu di dada, bawak lah isteri pergi masjid, pergi surau, dengar ceramah ustaz. Duduk satu jam lepas maghrib dengar cerita pasal syurga, pasal neraka. Kalau ada ceramah perdana Ustaz Azhar ker, Ustaz Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, pergi tengok. Majlis ilmu tu di payungi rahmat oleh para malaikat. (siapa yang tak kenal ustaz-ustaz ni kenal-kenal lah dengan mereka)

Dulu masa sekolah ustaz selalu cakap "lebih baik menghadiri majlis ilmu daripada solat seribu rakaat, al-quran khatam seribu kali. Kerana dengan ilmu baru kita tahu macam mana nak solat dengan betul, baca al-quran dengan betul. Kalau kita buat seribu karipap tapi cara tak betul nak buat apa,siapa yang nak makan, sama jugaklah seperti solat, kalau tak betul macam mana Allah nak terima".

Mudah-mudahan dengan usaha merapatkan diri dengan Allah, Allah buka ruang hati isteri untuk berubah (dan hati suami sekali yang jugak tak pernah solat).

Kalau dah tegur, isteri tetap jugak macam tu, tak nak jugak pakai tudung, ambil keputusan yang agak drastik tidur lah berasingan dengan isteri. Jangan tidur sama satu bilik. Samada isteri yang tidur luar atau suami yang tidur luar. Sampai lah isteri nak tutup aurat.

(sambung nanti boleh tak, dah ngantuk lah..hehehe)

Monday, May 16, 2011

Isteri Curang Salah Siapa (18sx)

(isteri yang curang berzina dengan lelaki selain dari suaminya hukumannya rejam sampai mati)

Jika di tonton filem "Cinta" tahun 2006 arahan Kabir Bhatia pasti ramai yang pernah dengar ungkapan ini :

"Isteri bukan hak milik tetapi anugerah"


Kalau rajin baca hadis nabi mesti pernah dengar nabi s.a.w pernah bersabda,


"kahwin itu sunnahku, siapa yang menolak bukan dari golongan umatku" 


lebih kurang macam tu la maksudnya. So siapa-siapa yang dah mampu tapi tak mahu (bukan tak mampu tapi mahu) kahwinlah kerana kahwin itu menyempurnakan separuh daripada agama kita. 


Baru-baru ni ada kejadian kejar mengejar sambil tembak-menembak antara polis, isteri polis, dan pencurang. Jadi aku nak tanya sikit pak cik polis apsal dia tembak isteri,


" Apsal pak cik tembak isteri pak cik ni, saya ni punya lah nak kahwin tak dapat-dapat, pak cik ada isteri bukan main cantik senang-senang pegi tembak, apa kejadahnya semua ini?".


"Pak cik tau pak cik ni tak hensem, time balik keje nampak isteri pak cik dalam kereta dengan laki lain, pak cik pun keluar kan lah pistol kejar kereta tu"


"Oh pistol yang mana satu pak cik keluarkan?"


"Pistol yang ada peluru lah, 'pistol air' pak cik simpan dalam seluar, pak cik ingat nak ugut jek, sekali dia pecut kereta tu, pak cik pun kejar lah, mana tahan tengok isteri dengan laki lain!"


"Nasib baik isteri pak cik tak mati, nanti tak pasal-pasal pak cik jadi pembunuh. Pak cik tau kenapa isteri pak cik curang?"


"Dia yang curang ko tanya pak cik kenapa, ko ke laki yang curang dengan bini aku?"


Marah pulak pak cik polis ni, yang curang isteri dia bukan isteri aku. Dunia sekarang asal marah tembak pistol, kalau dendam tikam pakai pisau, rasa benci simbah asid. Aduhai senang nya menyelesaikan masalah dengan menambahkan lagi masalah. Bak kata pepatah "ikutkan hati mati, ikutkan ayah pin sesat".


Tapi sebab pak cik tu orang Islam dan aku jugak orang Islam, secara automatik aku dengan dia bersaudara. So menjadi tanggungjawab aku untuk nasihat dia (aku ni macam la bagus sangat nasihat orang).


"Jadi pak cik, sebab kenapa isteri pak cik curang, maaf cakap, sebab kita lelaki yang bangang. Sebab apa bangang....eh..eh..jangan keluar pistol dulu. Ok sori-sori. Pak cik tak bangang, saya jek yang bangang, pak cik kurang cerdik jek." 


Pak cik kembali tenang dan menyimpan pistol setelah mendengar ayat "kurang cerdik". Pantang dia orang cakap bangang. Kecut "pistol" aku melihat pistol pak cik polis ni.


Jadi sebagai permulaan kenapa isteri curang ialah siapa yang kita pilih sebagai calon isteri. Kita pilih isteri berdasarkan apa, paras rupa? atau tubuhnya yang gebu? bekas ratu cantik dan ratu kebaya? juara karaoke suara sedap macam buluh perindu? anak datuk yang harta boleh buat tilam dan bantal tido? anak menteri yang ada pengaruh dan pangkat? atau pelakon popular yang di kejar wartawan setiap masa?


"Andai pak cik tergolong dalam golongan seperti di atas, Tahniah diucapkan kerana pak cik memang bangang! Eh silap kurang cerdik. Kenapa saya cakap macam tu, sebab andai seorang lelaki ingin cari calon isteri yang boleh buat rumah tangga bahagia, nabi s.a.w dah pesan lama dah kat kita umat akhir zaman ni


“Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana 
1) hartanya
2) kecantikannya
3) keturunannya 
4) dan agamanya. 
Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nanti engkau akan beruntung.”   


"Tapi jodoh tu tuhan yang tentukan, nak buat macam-mana, dah itu jek perempuan yang berkenan kat pak cik dalam kampung dulu." sugul pak cik tersebut kerana dia pilih isterinya dulu sebab bapak isterinya setiausaha merangkap bendahari JKKKKK Kampung Surut.


"Jodoh tuhan tentukan, tapi tuhan kan suruh kita berusaha cari jodoh, kalau pak cik tak percaya cuba baca cerita Kerana Kambing Seekor. Segala yang berlaku itu takdir tapi Allah bagi peluang untuk kita merubahnya. Dan segala yang berlaku Insyallah ada hikmahnya."


Pak cik kelihatan tunduk menghadap pohon ara sambil menyanyikan lagu "Kasihku Terputus di Tembak di Tengah Jalan". Kecewa benar nampaknya isterinya curang. 


Emm jadi jom kita tinggalkan pak cik ni sebentar, biar tenang hatinya seketika. Aku nak sambung cerita kita sebagai seorang lelaki janganlah jadi bangang. Sebab apa isteri yang curang tapi kita pulak orang lelaki yang jadi bangang?


Sebab ramai lelaki hanya nak isteri kerana nak main tembak "air"(kalau tak paham diam-diam jek). Bab pakaian, basuh pinggan, baju, sapu sampah, masak, semua tolak ke isteri. Nak beli beras nak masak pun isteri kena mintak. Baju setahun sehelai belum tentu isteri dapat.
   
Dan kewajipan suami memberi makanan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”
(al-Baqarah: 233)


Itu belum lagi masuk bab nafkah, belum lagi pasal isteri tak puas, si suami baru 5 minit, isteri baru seronok nak "berkayuh" suami dah surrender. Kalau aku jadi isteri pun aku bengang (nasib baik aku lelaki gagah). Dulu suruh jaga kemaluan tak nak, tengok cerita blue pancut "air" dekat laptop. Tak tahan sangat dengan lobang pintu pun boleh layan. 


"Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” 
(Surah al-Mukminun, ayat 5-7) 


Bila isteri tak puas pandai cakap isteri kuat seks, bila isteri cari lelaki lain mula gelabah cari minyak lintah, minyak ikan tembakul, nak kasi "panjang", pandai pulak cari tukang urut. Kalau isteri dah curang baru nak kasi "panjang" baik tak payah. Buang longkang jek. 


Daripada buang duit kasi "panjang" baik belanja duit bagi isteri gelang. Time kapel hari-hari bagi bunga, tak kan setahun sekali nak bagi gelang pun payah. 


Dah suami tak bagi gelang, ada pulak laki lain datang bagi coklat. Mula-mula tolak, lama-lama cair la jugak. Sama macam suami ngorat isteri dulu-dulu, mula-mula jual mahal, lama-lama kan melekat. Bila asik dekat, nafas pulak tersekat-sekat, isteri lama-lama lupa suami,tuhan dan malaikat, cari peluang jek lah nak buat maksiat.    


Oh jangan jadi suami bangang. Bertindaklah sebelum isteri curang. Ketahuilah suami yang bangang akan mendapat dosa atas kebangangannya itu. 


Sebab apabila berkahwin seorang wanita itu, dosa anak perempuan bukan lagi bapak dia yang tanggung, tapi si suami yang akan tanggung. Sepatutnya time kahwin bukan pengantin perempuan yang nangis, laki yang patut nangis sebab segala perbuatan isteri, perlakuan dari hujung rambut sampai hujung kaki, dosa pahala si suami yang akan tanggung.


Kata ustaz dalam tv9 "Kalau isteri masuk neraka, suami akan ikut masuk neraka. Tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami dapat masuk syurga."


Jadi tak payah susah-susah nak suruh isteri pakai baju ketat, seluar singkat, nampak "buah kelapa" bulat, rambut merah kuning macam bendera Malaysia.Tak payah! Sebab segala dosa yang isteri buat suami yang tanggung kalau suami yang bangang nak tayang tubuh isteri dekat orang lain.  


Bila semua benda dah tayang, jiran sebelah mula la nak terbayang-bayang, lutut yang keras jadi goyang, iman yang terang dah jadi bayang, isteri pulak orang puji cantik makin semangat tunjuk "barang", lama-lama buat adengan orang atas orang, suami jugak tuduh isteri yang curang. Tak ke jadi suami bangang!


Firman Allah “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” 
(Surah an-Nur, ayat 31)


Kalau dah nasihat isteri yang degil macam mana?


Jadi nak nasihat isteri yang tak makan saman ada caranya. Isteri tak nak pakai tudung masa sidai baju kat luar. Jiran mengintai jek tengok rambut isteri macam model iklan syampu. Keluar pulak berkemban. Aduh jatuh iman jiran sebelah walaupun sudah berbini 4. 


Mula-mula tegur suruh dia pakai tudung. Bukan marah-marah. Kalau suami orang marah-marah nak ker terima teguran? Sama jugak macam isteri. Sebab tu nabi suruh cari yang beragama, tak payah susah-susah nak tegur. Isteri paham sendiri kewajipan menutup aurat. 


Tapi kalau dapat yang tak pakai tudung, terdedah atas terbelah bawah, suami kena lah ubah dengan sabar. Nak buat macam mana dah jadi isteri pun. Dah itu yang di pilih, kena lah pandai jaga.


Jangan pulak sekali suruh, pastu isteri tak nak dengar suami pulak yang merajuk. Ingat kita ni yang tanggung dosa dia, apesal pulak dia tak nak dengar cakap suami. Kalau rasa tak boleh tegur isteri jangan jadi suami, tukar jantina jadi isteri (tukar jantina haram). 


Bersambung...(Bagaimana nak tegur isteri tak makan saman)










  

segmen : bloglist untuk blog follower 300 dan ke bawah

Assalamualaikum.


Siapa yang nak join boleh klik sini.

Cik Angin kali ni nak bagi ruang untuk blogger yang baru saling berkenalan antara satu sama lain. Syaratnya mudah saja, yang penting kena copy paste ayat di bawah dalam entry:

" komuniti blogger di malaysia mestilah bersatu padu , bekerjasama dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain bagi mewujudkan silaturahim yang erat serta perpaduan yang hebat , salam 1 blogger dan salam 1 malaysia "


Ok siap!
Untuk maklumat lanjut sila lewati blog Cik Angin.




Kredit untuk Cik Angin.

Friday, May 13, 2011

Kes Tembak Isteri Curang (18sx)

Tembaklah isteri dengan air dan bukan peluru, kerana "air" akan melahirkan zuriat tetapi peluru akan menghasilkan mayat.

Berakit-rakit kita kehulu,
Berenang-renang kita ketepian,
Nafkah isteri jangan buat tak tahu,
Agar isteri tidak kesepian.


p/s : Siapa salah, isteri yang curang atau suami yang tembak?

Wednesday, May 11, 2011

Melenting Menerima Teguran

Assalamualaikum..(first time bagi salam).

Maaf selama ni tak pernah bagi salam. Insyallah lepas ni aku akan usaha sekuat yang mungkin untuk mendoakan kesejahteraan siapa-siapa yang baca blog aku. Dan ucapan salam ini khas untuk orang yang beragama Islam. Andai ada yang bukan Islam di luar sana yang membaca penulisan aku, bacalah dengan tenang. Kerana Islam itu untuk semua, tidak berbeza antara kaum dan warna kulit.

Assalamualaikum = Selamat sejahtera ke atas kamu.

Jadi sebagai seorang insan yang biasa, mempunyai amarah, nafu, keinginan, kehendak yang mebuak-buak, hati yang membentak-bentak. Bagaimanakah kita menerima sebarang teguran yang berkaitan dengan diri kita, keluarga, mahupun yang ada kaitan dengan darah daging kita?

Andai kata ada orang cakap:

"Eleh cakap orang, perangai macam hanjing, ada hati nak nasihat orang lain"

"Ko tau tak mulut ko busuk bau cam longkang, atok ko tak ajar gosok gigi ker?"

"Suara ko tak sedap macam katak pisang, mak ko tak pernah bagitau ek"

Oh kalau ikutkan hati aku kena kata-kata "laser" macam ni sah naik angin, hidung kembang-kempis tahan marah, dada turun naik, rasa nak bagi jek penyepak terhandal, segala ilmu silat, kungfu, hikmat halilintar membelah rumput gersang 7 petala langit aku keluar kan untuk mengajar siapa yang mulut lancang tak de insurans tu.(err ade tak insurans untuk mulut?).

Kalau di ikutkan kitab-kitab peribahasa melayu "Kerana kentut keras baunya, Kerana mulut badan binasa!". Pantang datuk nenek opah sedara aku kalau ada keturunan aku dikutuk hina. Siapa yang bagi lesen suka-suka hati nak kutuk aku dan keluarga aku. Nak kutuk pun kutuk jek lah aku, jangan babit kan keluarga sepupu-sepapat aku.

Macam perangai bagus sangat kutuk orang lain. Ko jalan pun senget, terhuyung-hayang, jalan macam ketam, nak suruh orang lain ikut jalan macam ko. Blah la. Aku rela ikut buaya darat yang jalan lurus daripada ikut ko jalan ngereng macam ketam.

"Sabar, sabar. Sabar tu kan sebahagian daripada Iman" Wan cuba memujuk sahabatnya Azli yang agak lembut.

"Ah asik nak sabar jek, sabar ada batasnya tau. Ada ubi ada batas, ada hari I langgar dia pakai bas. Suka-suka hati jek kutuk I lembut. Eii menyampai I tau!"

"Siapa yang cakap sabar tu ada batas, Islam ada ajar sabar ada had? nabi ada ajar sabar sekerat-sekerat?"

"Err..hehehe tak de. Tapi yang kutuk I tu mak nyah, diorang lagi lembut."

"Abes tu dah memang ko lembut pun, betul lah tu"

"Ala U ni, malu I tau, itu dulu, sekarang I jantan sejati tau" (uwekk!)

Kita seringkali berfikir bahawa orang lain tak de hak atas hidup kita, kenapa nak jaga tepi kain aku? Lagi pulak kalau yang tegur tu perangai jauh lagi teruk daripada tenuk a.k.a cipan. Memang sah-sah la kita tak kan dengar. Sedangkan cakap ibu yang lahirkan kita pun susah kita nak ikut (aku la tu), inikan pulak muka penyangak perangai macam biawak.

Tapi pernah tak kita terpikir kalau apa yang ditegur itu betul, tepat, jitu dan memang betul pun benda tu salah walaupun orang yang tegur kita tu da 1000 kali keluar masuk penjara?

Betul ker perangai aku macam hanjing? Betul ker mulut aku bau longkang? Memang suara aku tak sedap ek? Aku tak hensem? Muka aku bukan macam Braat Ce Pitt ker? Hensem ker Braat Ce Pitt?

So apa yang betul tetap betul, yang salah tetap salah. Tak perlu nak menegakkan benang yang basah. Tak payah nak pertikai. Tak kan nak tunggu malaikat turun dari langit tegur baru kita boleh nak terima. Nak tunggu bidadari gunung ledang yang cantik meletop tegur baru kita nak mengaku mulut kita memang busuk.

"Ko tak kena boleh la cakap camtu, cuba ko yang kena, mesti melenting jugak kan, dia main nama bapak, mana aku boleh tahan"

"Lah ko ni, bapak kita kan sama, dia kutuk bapak ko sama la macam kutuk bapak aku, kita sama-sama saudara se-Islam kan, tapi dia cakap benda betul, ko gi ngorat anak tok imam tu buat ape, bila cakap mulut busuk, bapak ko tak ajar, pandai pulak ko marah"

"Yelah. yang nak ngorat dia aku, bukan bapak aku" (alasan bangang)

Bersyukur andai ada yang tegur, jangan melenting tak tentu pasal kalau ada yang kutuk. Sabar tu kan dapat pahala, tak pasal-pasal jek orang datang bagi pahala free.

"Kecuali orang yang sabar (terhadap ujian) dan beramal soleh, mereka memperoleh keampunan dan pahala yang besar"
(Ayat 11-Surah Hud)

Jadi tidak menjadi syarat orang yang menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran itu orang yang bersih daripada maksiat.  Maknanya kalau siapa-siapa pun yang tegur kita kena terima. Tak kira lah kaki judi, kaki botol, kaki maksiat, kaki bangku, kaki tempang, atau kaki tangan kerajaan.

"Kalau imam tegur aku takpe lah jugak, ni penagih dadah yang suh aku gi solat"

"Bagus lah dia tegur ko solat, kalau dia ajak ko isap dadah sekali camne"

Sabda nabi s.a.w  "sesungguhnya kadang kala Allah menolong agama ini dengan perbuatan baik yang dilakukan oleh orang jahat"

Bila orang yang baik dah tak berani tegur kesilapan kita, Allah jadikan orang yang jahat sebagai perantara untuk mengingatkan kita tentang kemungkaran agar kita tidak di timpa bala. Apabila sampai satu masa nanti tiada orang yang tegur tentang kemungkaran, orang yang berbuat mungkar serta sekalian orang yang baik akan turut sama terkana tempiasnya.

Sebagai contoh kita tengok Acheh, berapa banyak masjid, surau dan majoriti penduduk Acheh merupakan penganut agama Islam. Tapi kalau Allah turunkan bala, tak kira ko pelacur, ko imam, polis, doktor semua sekali kena. Tiada yang terkecuali semuanya di timpa tsunami. 

Jadi jom kita jalankan kempen "JOM TERIMA TEGURAN". Ala kalau kat blog pun selalu jek orang buat segmen "JOM KUTUK BLOG AKU". Kerana dari teguran baru kita tau mana silap, salah, terlanjur, terkasar yang kadang-kala kita rasa takpe tapi salah daripada pandangan orang lain. Tak payah melenting kerana melenting tu sifat udang (err yeker?).

Terima kutukan, tak payah kutuk orang lain. Allah itu maha mengetahui.

Wallahualam.



p/s : err jom kutuk blog aku. walawei!

Sunday, May 8, 2011

Penat

Emm memandu seharian memang meletihkan. Lagi pulak naik motor, menyebabkan sakit belakang, gunakan lah Penaflex untuk menghilangkan sengal-sengal dan sakit belakang, ia berkesan selama 12 jam. (Pinjam iklan penadol)

Bila sampai ke destinasi, mata dah tak nampak benda lain. Hanya katil terbayang-bayang di kalbu. Keempukan bantal kekabu di gabungkan dengan tilam King Coil king size, serta alas cadar biru tompok-tompok tahi lalat keemasan menyebabkan aku mempercepatkan langkah lebih laju untuk sampai ke bilik.

Sampai ke bilik kelihatan hamster aku yang terlompat-lompat keghairahan, mungkin lapar agaknya ditinggalkan seharian tanpa makanan. Hamster yang aku beri nama "Iskandar" ini memang kuat makan (macam tuan die). Apa yang aku pernah makan die turut pernah merasa. Kawan-kawan yang datang singgah bilik aku pun rajin suap Iskandar nie.

Aku bagi Iskandar kuaci, satu-satu sampai la dia tak layan (menandakan die da kenyang), pastu sampai la giliran aku untuk baring atas katil. Waktu itu kelihatan katil aku ibarat bidadari yang memanggil aku untuk baring di peha empuknya, membelai seluruh inci tubuh aku. 

Oh, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Laju sungguh mata ini layu, macam sayur kangkung yang direbus, tak sampai seminit dah layu.

"weh bangun! bangun! tuan tak solat Isyak lagi!" aku yang baik di sebelah kanan cuba memujuk.

"Ala tido jek lah, nanti karang kalau bangun tuan solat lah, alang-alang da baring pejam jek mata" aku versi jahat yang disebelah kiri cuba menghasut.

"Tuan jangan dengar cakap orang sebelah, dia kencing tuan jek"

"Ah ko, macam baik sangat, minggu lepas sebab ikut cakap ko la tuan kite ni lambat pegi kelas!"

"Ko pun same, baik sangat suruh sedekah kat masjid, kan tuan kita hari-hari dah makan megi!"

"Ko pun sama, asik buat tuan mimpi basah jek, kan dah asik miss jek solat subuh"

"Arghh! Sudah-sudah. Hari ni aku nak side kejahatan, nak tido dulu, kalau bangun baru solat, give me five kejahatan!" kecewa kebaikan diri aku lalu merajuk. Kejahatan melompat girang sebab aku menyebelahi die.

Tiba-tiba versi kebaikan aku mendapat satu idea, slow-slow die bisik kat telinga aku,

" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya. “

( Surah Al-A’raf ayat 34 )

Ah sudah, die main ayat al-quran yang aku lemah ni. Tak cukup dengan itu, dia sambung lagi

"Hadis Nabi s.a.w Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”

Aduyai! Aku give up. Ok aku surrender! Bangun jugaklah untuk aku solat Isyak. Qiam, rukuk, sujud, al-fatihah, al-ikhlas, al-alaq, bagi salam. La kejap jek pun, tak sampai 5 minit! Give me five wahai aku versi baik!

"Dah korang berdua gi main jauh-jauh, aku nak tido!"

"Baik tuan!" pergilah kejahatan dan kebaikan.

"Hah kau kejahatan! Jangan buat aku mimpi basah ye malam ini, malam esok tak pe!"


p/s : Penat selalu menghalang kita nak buat perkara baik. Tapi kalau nyawa dah kena cabut nak buat apa pun dah tak sempat. Wallahualam.







segmen : contest entri paling kencang



kalau nak join klik sini.

Pertandingan kali ini di sediakan oleh cik sekencang angin. Siapa yang berjaya mengetengahkan entry paling kencang akan menang hadiah berupa wang tunai.

Ada beberapa kategori kalau berminat nak masuk:

1) Lawak Jenaka (yang boleh buat orang gelak sampai terkencing) 
2) Cerita Sedih (kalau baca menitis air mata darah)
3) Kisah Teruja (sampai mampu membuat orang yang baca sama-sama terjun bangunan)
4) Nota Agama (kalau orang baca terus taubat)

So kategori yang aku nak pertandingkan ialah Nota Agama 18sx. Tapi untuk menghormati golongan pembaca yang masih di bawah umur, aku tukarlah dengan Nota Agama yang tidak 18sx.

Nak baca klik sini.

Kredit untuk cik sekencang angin.