Pagi tadi jam berbunyi menandakan dah masuk waktu subuh. Tiada apa yang lain. Semuanya seperti biasa. Berat badan aku masih berat seperti dulu.Seluar koyak aku pakai buat tido masih lagi koyak. Bau masam diketiak masih pekat seperti aku masuk tido malam tadi.
Memandangkan kelas lambat lagi pukul 11.00 am aku pun mengambil keputusan merebahkan diri kembali ke atas tilam empuk dan cadar yang entah berapa bulan tak basuh (jangan tiru perangai aku, tido lepas subuh mewarisi kemiskinan!!). tidur lah aku diulit mimpi yang tak tahu mana hujung pangkalnya. Kalau tak silap mimpi Emma Watson. walawei!!!
Menyedari jam yang hampir pukul 10.30 am. aku mengambil keputusan untuk bangkit dari pembaringan dan tatkala aku terpisat-pisat biji mata, tibe-tibe (bayangkan rambut tegak 3 inci ke atas, tak pakai baju, tahi mate dan air liur basi da kering kat muka) aku perasan kelainan dekat sangkar hamster aku.
"aik, asal lain macam jek" aku cuba amati dengan mata yang masih separuh kabur sebab baru bangun tidur.
hati aku mula berdebar-debar. Mata aku pantas berlari kekiri kekanan seperti mencari sesuatu yang hilang. dan memang benar pun aku mencari yang hilang.
"ya Allah mana hamster aku lagi sekor?" pantas hatiku menyebut nama tuhan (macam la alim sangat)
aku gagah kan jua kudrat tubuh aku untuk memapah tubuh aku yang berat melebihi 96 kg (ntah bile nak kurus) untuk menapak selangkah demi selangkah mencari hamster yang entah ke mana hilangnya.
cari dalam timbunan baju tak de. seluar dalam tak basuh tak de(memang hobi aku seluar dalam tak basuh campak sebelah sangkar hamster). belakang almari, bawah katil, dekat sejadah, bawah meja, celah pintu, dekat koridor, dalam seluar (alamak nampak hamster lain pulak!!) semuanya tak de.
pelbagai anasir jahat mula menyelubungi sanubari, adakah ada orang da ambil? da kena makan kucing? ataupun....aku terus pergi ke pilihan yang terakhir..hanya satu tempat jek yang aku belum cari. (untuk pengetahuan aku duduk tingkat 5). perlahan aku mengayuhkan kaki ke belakang beranda dan jauh nun di bawah sana aku terlihat sesuatu. masih tidak jelas kelibat mahkluk kecil berbulu hitam sedang terbaring.
aku tak puas ati. aku cuba untuk menghilangkan kesan-kesan degil tahi mata kat mata aku ni agar jelas kelihatan mahkluk apakah itu. masih tidak nampak. aku terus capai baju masam dekat kerusi dan tanpa mempedulikan imej dan reputasi yang sebenarnya aku masih belum mandi, aku terus meluru ke bawah.
benar. memang dia. hamster betina aku yang bernama Sakinah (member aku panggil Bibimbap yang bermaksud sejenis makanan korea) sedang terbaring kaku sambil bulunya bergerak-gerak di tiup angin. kelihatan damai Sakinah di situ. elok sempurna tubuh badannya tanpa cacat cela. dia terbujur seperti menunggu aku mengambilnya untuk dikebumikan.
"da tua da dia ni, da lame aku bela" masih terngiang-ngiang ayat yang aku ucapkan malam tadi masa bawak hamster aku berjalan-jalan pusing kota. hamster aku akan bergumpal bulat dek kerana sejuknya air-cond kereta. diam tidak bergerak. kelihatan nafasnya turun naik ,menyamankan hati aku bila memandu kereta keseorangan.
tak sangka umur Sakinah tamat esok harinya. Adakah sebab aku cakap Sakinah tua dia pergi membunuh diri dengan terjun tingkat 5? ataupun salah aku yang tak tutup penutup sangkar malam tadi?(bodoh jugak aku ni) aku tak cukup baik ke dengan memberi makan dan menukar kencing berak nya setiap minggu? kalau lah aku tutup sangkar mungkinkah Sakinah masih hidup untuk hari ini?
kalau lah..
kalau lah..
kalau lah..
[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".
[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".
[Al An'aam:73]
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui
[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
dan masa tu jugak aku tersentak. tak de kalau kalau. apa yang da jadi, walau salah siapa pun, aku kena tetap redha. kalau aku menangis,kencing berak berdarah sekalipun, Sakinah tak kan bangkit lagi untuk berlari di roda mainannya.
kelihatan semut api mula menghampiri untuk menjamah tubuh Sakinah yang monggel dan gebu. tubuh itu lah yang menghiburkan aku, susuk tubuh itulah yang aku amati setiap hari. tanpa buang masa aku ambil sekujur tubuh itu dan aku cari tempat untuk pengebumiannya.
cari punya cari, aku amik keputusan nak tanam Sakinah bawah pohon pisang dekat belakang bengkel besi di tempat letak kereta Blok A(ni blok aku tinggal). aku cari sebatang kayu dan gali sedalam yang boleh. aku lepaskan perlahan sambil membaca alfatihah. aku timbus Sakinah dengan tanah yang aku korek tadi.
"ya allah,andai aku mati suatu hari nanti, ade ke orang nak tanam aku. ade ke orang nak sedekah kan alfatihah untuk aku. macam mana aku akan mati nanti, jatuh bangunan tingkt 8? kene langgar kereta? masuk lubang jamban ? lemas dalam loji? terhempas kapal terbang? mati kena bunuh?" aku cuba mengira-ngira umur aku yang sekarang ni 22 tahun dan entah berapa lama lagi aku hidup.
"macam mana kalau mak ayah aku pulak yang meninggal?sempat ke aku nak pegi tengok?dapat tak aku kafan kan mayat diorang?mampu tak aku nak gali kubur untuk mak ayah?terampun ke dosa aku dekat diorang?" tiba-tiba aku teringat kat mak ayah yang da 2 minggu aku tak telefon.
kurang ajar punya anak(aku marah diri sendiri), bila tak de duit pandai telefon. bile ade duit haram entah ke mana. nak jadi macam anakku sazali ke (cerita p.ramlee).bile tak de top up pandai mintak. kredit abes buat tepon awek(kantoi ade awek). nak tanya khabar mak ayah pun susah!!!
Ka’ab bin Ujr meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Celakalah ke atas orang yang masa hidupnya mendapati kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripada keduanya mencapai umur tua,tetapi tidak dibenarkan memasuki Syurga(kerana gagal memberikan khidmat kepada ibubapa mereka)
advance
28882
send
(care mintak kredit advance dekat celcom sebab kredit da abes buat talifon awek.walawei!!!)
"assalamualaikum umi"
"waalaikum salam" jawab umiku dengan penuh mesra....
mintak maaf umi sebab da lama tak talifon dan mintak maaf sebab tak mampu jadi anak yang umi boleh banggakan. aku sayang umi.
p/s : jangan risau Sakinah, aku juga akan mati seperti mu.sama juga seperti makhluk-makhluk lain.yang sedang baca ni pun sama.

No comments:
Post a Comment