Wednesday, May 11, 2011

Melenting Menerima Teguran

Assalamualaikum..(first time bagi salam).

Maaf selama ni tak pernah bagi salam. Insyallah lepas ni aku akan usaha sekuat yang mungkin untuk mendoakan kesejahteraan siapa-siapa yang baca blog aku. Dan ucapan salam ini khas untuk orang yang beragama Islam. Andai ada yang bukan Islam di luar sana yang membaca penulisan aku, bacalah dengan tenang. Kerana Islam itu untuk semua, tidak berbeza antara kaum dan warna kulit.

Assalamualaikum = Selamat sejahtera ke atas kamu.

Jadi sebagai seorang insan yang biasa, mempunyai amarah, nafu, keinginan, kehendak yang mebuak-buak, hati yang membentak-bentak. Bagaimanakah kita menerima sebarang teguran yang berkaitan dengan diri kita, keluarga, mahupun yang ada kaitan dengan darah daging kita?

Andai kata ada orang cakap:

"Eleh cakap orang, perangai macam hanjing, ada hati nak nasihat orang lain"

"Ko tau tak mulut ko busuk bau cam longkang, atok ko tak ajar gosok gigi ker?"

"Suara ko tak sedap macam katak pisang, mak ko tak pernah bagitau ek"

Oh kalau ikutkan hati aku kena kata-kata "laser" macam ni sah naik angin, hidung kembang-kempis tahan marah, dada turun naik, rasa nak bagi jek penyepak terhandal, segala ilmu silat, kungfu, hikmat halilintar membelah rumput gersang 7 petala langit aku keluar kan untuk mengajar siapa yang mulut lancang tak de insurans tu.(err ade tak insurans untuk mulut?).

Kalau di ikutkan kitab-kitab peribahasa melayu "Kerana kentut keras baunya, Kerana mulut badan binasa!". Pantang datuk nenek opah sedara aku kalau ada keturunan aku dikutuk hina. Siapa yang bagi lesen suka-suka hati nak kutuk aku dan keluarga aku. Nak kutuk pun kutuk jek lah aku, jangan babit kan keluarga sepupu-sepapat aku.

Macam perangai bagus sangat kutuk orang lain. Ko jalan pun senget, terhuyung-hayang, jalan macam ketam, nak suruh orang lain ikut jalan macam ko. Blah la. Aku rela ikut buaya darat yang jalan lurus daripada ikut ko jalan ngereng macam ketam.

"Sabar, sabar. Sabar tu kan sebahagian daripada Iman" Wan cuba memujuk sahabatnya Azli yang agak lembut.

"Ah asik nak sabar jek, sabar ada batasnya tau. Ada ubi ada batas, ada hari I langgar dia pakai bas. Suka-suka hati jek kutuk I lembut. Eii menyampai I tau!"

"Siapa yang cakap sabar tu ada batas, Islam ada ajar sabar ada had? nabi ada ajar sabar sekerat-sekerat?"

"Err..hehehe tak de. Tapi yang kutuk I tu mak nyah, diorang lagi lembut."

"Abes tu dah memang ko lembut pun, betul lah tu"

"Ala U ni, malu I tau, itu dulu, sekarang I jantan sejati tau" (uwekk!)

Kita seringkali berfikir bahawa orang lain tak de hak atas hidup kita, kenapa nak jaga tepi kain aku? Lagi pulak kalau yang tegur tu perangai jauh lagi teruk daripada tenuk a.k.a cipan. Memang sah-sah la kita tak kan dengar. Sedangkan cakap ibu yang lahirkan kita pun susah kita nak ikut (aku la tu), inikan pulak muka penyangak perangai macam biawak.

Tapi pernah tak kita terpikir kalau apa yang ditegur itu betul, tepat, jitu dan memang betul pun benda tu salah walaupun orang yang tegur kita tu da 1000 kali keluar masuk penjara?

Betul ker perangai aku macam hanjing? Betul ker mulut aku bau longkang? Memang suara aku tak sedap ek? Aku tak hensem? Muka aku bukan macam Braat Ce Pitt ker? Hensem ker Braat Ce Pitt?

So apa yang betul tetap betul, yang salah tetap salah. Tak perlu nak menegakkan benang yang basah. Tak payah nak pertikai. Tak kan nak tunggu malaikat turun dari langit tegur baru kita boleh nak terima. Nak tunggu bidadari gunung ledang yang cantik meletop tegur baru kita nak mengaku mulut kita memang busuk.

"Ko tak kena boleh la cakap camtu, cuba ko yang kena, mesti melenting jugak kan, dia main nama bapak, mana aku boleh tahan"

"Lah ko ni, bapak kita kan sama, dia kutuk bapak ko sama la macam kutuk bapak aku, kita sama-sama saudara se-Islam kan, tapi dia cakap benda betul, ko gi ngorat anak tok imam tu buat ape, bila cakap mulut busuk, bapak ko tak ajar, pandai pulak ko marah"

"Yelah. yang nak ngorat dia aku, bukan bapak aku" (alasan bangang)

Bersyukur andai ada yang tegur, jangan melenting tak tentu pasal kalau ada yang kutuk. Sabar tu kan dapat pahala, tak pasal-pasal jek orang datang bagi pahala free.

"Kecuali orang yang sabar (terhadap ujian) dan beramal soleh, mereka memperoleh keampunan dan pahala yang besar"
(Ayat 11-Surah Hud)

Jadi tidak menjadi syarat orang yang menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran itu orang yang bersih daripada maksiat.  Maknanya kalau siapa-siapa pun yang tegur kita kena terima. Tak kira lah kaki judi, kaki botol, kaki maksiat, kaki bangku, kaki tempang, atau kaki tangan kerajaan.

"Kalau imam tegur aku takpe lah jugak, ni penagih dadah yang suh aku gi solat"

"Bagus lah dia tegur ko solat, kalau dia ajak ko isap dadah sekali camne"

Sabda nabi s.a.w  "sesungguhnya kadang kala Allah menolong agama ini dengan perbuatan baik yang dilakukan oleh orang jahat"

Bila orang yang baik dah tak berani tegur kesilapan kita, Allah jadikan orang yang jahat sebagai perantara untuk mengingatkan kita tentang kemungkaran agar kita tidak di timpa bala. Apabila sampai satu masa nanti tiada orang yang tegur tentang kemungkaran, orang yang berbuat mungkar serta sekalian orang yang baik akan turut sama terkana tempiasnya.

Sebagai contoh kita tengok Acheh, berapa banyak masjid, surau dan majoriti penduduk Acheh merupakan penganut agama Islam. Tapi kalau Allah turunkan bala, tak kira ko pelacur, ko imam, polis, doktor semua sekali kena. Tiada yang terkecuali semuanya di timpa tsunami. 

Jadi jom kita jalankan kempen "JOM TERIMA TEGURAN". Ala kalau kat blog pun selalu jek orang buat segmen "JOM KUTUK BLOG AKU". Kerana dari teguran baru kita tau mana silap, salah, terlanjur, terkasar yang kadang-kala kita rasa takpe tapi salah daripada pandangan orang lain. Tak payah melenting kerana melenting tu sifat udang (err yeker?).

Terima kutukan, tak payah kutuk orang lain. Allah itu maha mengetahui.

Wallahualam.



p/s : err jom kutuk blog aku. walawei!

No comments: