Thursday, May 26, 2011

Tegur Dengan Berkhemah

(Al-fatihah buat mangsa tanah runtuh anak yatim di Hulu Langat. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku)

Setelah seminggu pulang dari perantauan (kl), ini baru hari pertama aku dapat mengecapi nikmat ber'internet' di rumah kerana baru sahaja modem diperbaiki. Nikmatnya tak terkata macam orang lepas makan dapat isap rokok (kawan aku selalu buat) ataupun dah seminggu sembelit akhirnya keluar segala isi perut nasi impit, nasi goreng, tauhu, kangkung semua keluar tanpa tersekat-sekat (tak payah meneran).

Jadi dah dapat online aku pun terus meng'qadak' bacaan komik naruto, one piece, bleach, toriko dan segala apa benda yang tertunda semenjak seminggu yang lalu. Sampai aku terlupa nak solat isyak. Aku gi solat jap ek.

....

....

....

....

....

....

....

....

....

Yang korang tungu lama-lama ni dah solat ke belum? Gi dulu sementara aku sambung melalut.


Pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa ini ialah hargailah apa yang kita ada sekarang. Kalau hari-hari ada depan mata memang agak susah untuk dihargai. Bila dah tak de baru nak gelabah tak tentu arah macam kucing kena siram air. Hargailah mak bapak selagi masih ada.

So sekarang aku nak tunaikan janji untuk sambung post yang lepas. Kalau ada yang belum baca boleh baca kat sini. Cerita pasal kisah isteri curang yang asik ada kat depan dada-dada akhbar. Hari-hari beli surat khabar ade jek cerita suami isteri curang. Secara tak langsung aku pun turut support wartawan untuk cari pasangan yang curang sebab aku beli akhbar diorang. Syarikat surat khabar untung sebsb orang macam aku beli, yang rugi aku sebab abis duit setakat nak baca kisah suami isteri curang, yang paling rugi suami isteri yang curang tu sebab satu Malaysia baca kisah diorang.

Sebelum kita para lelaki khususnya para suami (aku belum kahwin) menegur para isteri, perlulah kita melengkapkan diri dengan ilmu. Ilmu apa? Ilmu bagaimana mengenal pasti kesilapan dan kesalahan yag isteri anda lakukan.

Andai kalau yang menegur pun 2 kali 5, tidak perlulah tegur lebih-lebih kerana ibaratnya bapak mengajar kencing berlari, anak kencing menari-nari. Macam mana nak tegur kalau suami pun tak pasti apa kesalahan isteri?

Sebelum aku melalut lebih lanjut, ingin aku tekan kan di sini jangan mencemuh orang yang berbuat salah. Kalau ada anak dara tak pakai tudung, orang lelaki pakai seluar pendek, auntie sebelah rumah nampak 'lurah', jangan di kutuk mereka kerana mungkin mereka tak tahu, atau mungkin diorang tahu tapi Allah belum bagi hidayah. So korang yang dah tahu ni kena lah tegur. Ada berani nak tegur?

Kerana kita tak tahu nilai setiap orang di sisi Allah itu bagaimana. Seperti mana kita tahu (sori kalau ada yang tak tahu) Saidina Umar Al-Khattab asalnya menetang keras pembawaan agama Islam yang di bawa oleh nabi s.a.w. Dia ni kerjanya nak pancung orang jek. Memang mafia zaman jahiliah dulu.

Nak di ceritakan kejam nya Umar ni sampai dia sanggup tanam anaknya sendiri hidup-hidup. Apa dia kesah tu anak dia. Perangai dah sebijik macam Ah Long kutip hutang. Kalau tak bayar timbus dengan simen. Lambat bayar potong tangan. Tapi kerana Allah itu maha pengampun dan maha penyayang, jadilah Saidina Umar seorang sahabat nabi s.a.w dan sama-sama berjuang menegakkan Islam. Alhamdulillah.

Mana lah tau kan auntie sebelah tu lepas pergi haji nanti Allah bagi hidayah, abang seluar pendek tu pulak dapat kahwin dengan isteri solehah, mudah-mudahan Allah bagi petunjuk dapat belajar agama daripada isteri.

Sebelum jadi lebih panjang, aku nak straight to the point macam mana nak tegur isteri secara berkhemah.

First sekali kita kenal dulu 3 perkara sebelum menegur isteri. Rupa, rasa, dan warna.

Rupa

Cuba ajak isteri keluar pergi makan atau shopping. Bila dah bersiap cuba belek-belek isteri, ada tak nampak 'rupa' aurat. Nak senang cerita, mintak maaf cakap, ada tak nampak rupa bentuk buah dada, punggung, bentuk kaki dan aurat yang lain. Kalau ada, belum sempurnalah isteri anda menutup aurat walaupun dia bertudung berlilit-lilit, berbungkus dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki.

Kerana nabi s.a.w pernah bersabda "umat akhir zaman menutup aurat ibarat seperti berbogel". Macam tu lah lebih kurang maksudnya. Kalau salah tolong betul kan. Sekarang terbukti sekarang ini akhir zaman bila ramai jek para gadis yang pakai tudung, tapi kita boleh teka saiz 'cup' berapa bra yang diorang pakai, seluar dalam besar mana, jenis apa, sekali pandang dah boleh teka. Sekilas gadis di McD sudah tahu besar kecik 'cup' nya. Jadi senang lah para lelaki untuk memilih saiz yang mereka mahu (agak-agak korang suka saiz 'cup' camne?).

Tak terkecuali walaupun dah jadi isteri orang, lelaki kat luar sana nenek orang pun dia sapu. Ini kan pulak isteri anda yang putih mulus gebu, muka ala iras-iras Ziana Zain, dulu bukan main berebut dengan Pak Mat Tempe nak buat isteri. Dah dapat tayang-tayang pulak. Simpan lah aurat isteri anda sebagai hak anda untuk dulu, kini dan selamanya.

Rasa

Dah puas belek isteri? Belek lagi buat kali ke-2. Apa yang anda rasa bila lihat isteri anda. Kalau anda rasa 'stim' maknanya ada benda yang tak betul di situ. Cuba cek bau badan dia, kalau ada bau wangi sampai buat kan anda tidak keruan sampai kalau boleh kat situ jugak anda nak buat 'projek' maka jangan lah bawak keluar isteri keluar. Ini di sebut dalam hadis :

"Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudia dia keluar, lali dia melewawti satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina"

Dan dosa zina ini suami yang tanggung kalau suami tak tegur isteri. Kalau tak wangi pun masih 'stim' cek pakaian yang isteri pakai. Ada terbelah sana-sini, nampak ke tak 'aset' isteri.

Dan kalau masih 'stim' jugak, minyak wangi tak pakai, baju kurung elok labuh, maknanya anda yang ada masalah. Pergilah hilang kan 'stim' anda dengan isteri, bukan dengan orang lain. Aku tak nak masuk campur.

Warna

Last sekali cek warna. Tengok isteri elok-elok, nampak tak warna kulit daripada luar baju, nampak ker warna tali bra dia, hitam ker putih, pakai kain nampak tak kurap kaki kat dalam, pakai tudung nampak tak warna rambut isteri oren, kuning, coklat.

Kalau nampak pandai-pandai la tegur. Tak nak tegur tanggung sendiri. Cukup lah malam-malam nampak tubuh isteri atas bawah, tak perlu nak tayang bawak jalan-jalan kat pasar raya. Kesian pak cik yang jalan-jalan, meleleh air liur dia tengok aurat isteri anda.

Hadis nabi s.a.w "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu"

Jadi kalau isteri anda tergolong dalam salah satu golongan di atas ataupun tercalon dalam ke tiga-tiga kategori, syabas untuk anda kerana masih belum terlambat. Anda mampu mengubahnya.

Bab nak tegur yang leceh sikit ni. Dulu kahwin isteri yang tanggung belanja kenduri, duit gaji bulan-bulan isteri buat makan suami, duit bil api, air, astro, duit top up semua isteri yang tanggung. Tiba-tiba nak tegur isteri pasal aurat. Apa hal! Baju seksi-seksi isteri yang beli, nak harap gaji suami makan terung jek lah hari-hari.

So spesis isteri tak makan saman atau 'queen control' memang melanda para suami di dunia. Jangan mengeluh kalau dapat isteri macam ni. Anda pulak sekolah agama takat darjah tiga. Tiba-tiba nak cerita pasal agama. Tak ke huru-hara jadi rumah tangga.

Kalau rasa-rasa kurang ilmu di dada, bawak lah isteri pergi masjid, pergi surau, dengar ceramah ustaz. Duduk satu jam lepas maghrib dengar cerita pasal syurga, pasal neraka. Kalau ada ceramah perdana Ustaz Azhar ker, Ustaz Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, pergi tengok. Majlis ilmu tu di payungi rahmat oleh para malaikat. (siapa yang tak kenal ustaz-ustaz ni kenal-kenal lah dengan mereka)

Dulu masa sekolah ustaz selalu cakap "lebih baik menghadiri majlis ilmu daripada solat seribu rakaat, al-quran khatam seribu kali. Kerana dengan ilmu baru kita tahu macam mana nak solat dengan betul, baca al-quran dengan betul. Kalau kita buat seribu karipap tapi cara tak betul nak buat apa,siapa yang nak makan, sama jugaklah seperti solat, kalau tak betul macam mana Allah nak terima".

Mudah-mudahan dengan usaha merapatkan diri dengan Allah, Allah buka ruang hati isteri untuk berubah (dan hati suami sekali yang jugak tak pernah solat).

Kalau dah tegur, isteri tetap jugak macam tu, tak nak jugak pakai tudung, ambil keputusan yang agak drastik tidur lah berasingan dengan isteri. Jangan tidur sama satu bilik. Samada isteri yang tidur luar atau suami yang tidur luar. Sampai lah isteri nak tutup aurat.

(sambung nanti boleh tak, dah ngantuk lah..hehehe)

No comments: