Wednesday, May 4, 2011

eXam


Minggu exam memang amat meletihkan. Ada yang satu minggu ada 5 paper, 1 hari 2 paper, 7 hari takde paper (sebab kena bar tak datang kuliah). Jadi dari kecik sampai besar memang exam da menjadi lumrah hidup. 

Secara automatik exam menjadi pengukur dalam kehidupan. Kalau tak percaya cuba tanya pak abu kenapa dia potong rumput.

"Dulu pak Abu sekolah sampai darjah 5, belajarnya ABC aje, periksa pun tak lulus, sebab itu kerjanye potong rumput,siram bunga. Gaji seciput aja,kais makan pagi pun tak cukup" 

Oh, begitulah kehidupan pak abu yang penuh ranjau sebab dia tak lulus periksa. Dia terpaksa menyara hidup dengan memotong rumput. Macam mana agaknya anak-anak dia makan. Kalau anak orang lain darjah enam da ada telefon bimbit, anak pak abu ada apa agaknya.

Kalau dalam cerita melayu yang tak lulus periksa akan jadi terasing dalam keluarga. Bapak akan tak mengaku anak kalau anak tak dapat 5A UPSR walaupun anak dia dapat 4A 1B.

"Bapak tak boleh terima, bukan susah pun 5A jek, Bahasa Melayu pulak tu, kau tau tak bapak ada keturunan A.Samaud Said D. Saidun! Keturunan bapak tak pernah tak lulus Bahasa Melayu!"

"err bapak dulu bukan tak sekolah ker?"

"pang!" (malu bapaknya di depan para isterinya)

"bapak tak sekolah pun bini 3 jugak" (walawei bapak!)

Jadi peperiksaan juga akan turut menganggu keharmonian rumah tangga. Tak pasal-pasal adik yang lulus periksa cemerlang dapat "keta control" tapi abangnya tak pernah dapat apa-apa. Maka si abang yang kena lempang pun lari lah ke Thailand untuk menjadi mak nyah sebab kurangnya kasih sayang dan kereta kontrol.(cerita rekaan semata-mata)

Exam turut menjadi alasan untuk orang bunuh diri. Ada yang terjun bangunan, selam kepala dalam mangkuk tandas, gigit lidah sampai putus, gantung diri dekat dalam bilik, diri tengah jalan biar kena langgar lori, terjun laut kena makan jerung dan yang paling teruk tak nak solat sebab tension jawab exam (ko lagi bangang dari beruk).

Tapi itulah adat resam masyarakat, yang tak de kelulusan di pandang hina. Yang bawak lori orang cakap malas belajar, yang kait sawit orang cakap dungu, yang korek najis orang tak nak dekat (err aku pun tak nak dekat).Tapi  yang pandai ngorat awek korang panggil "smart'? 

Jadi pengaruh exam ini semakin menjadi-jadi. Ada yang sanggup untuk memecah masuk bilik guru sebab nak tahu soalan Matematik, merasuah lecturer sampai ada yang menjual tubuh asalkan dapat keputusan yang bagus. Ada pulak yang datang mintak tok bomoh soalan apa yang keluar.

Itu belum lagi operasi "toyol" (meniru). Buat nota kecik-kecik (jangan tiru aksi ini), lipat bawah ketiak, masuk kan belakang poket, selit dalam bra, tulis atas tangan, tulis atas pembaris. Kalau da tak tau jek pegi tandas, dekat mangkuk tandas ada jawapan. Kalau dua orang pergi tandas serentak mereka akan menggunakan  isyarat rahsia dengan meninggalkan tahi berbentuk jawapan B untuk soalan 27. Eh jap 22 ker 27? Ada keropok lekor pulak.

So apa yang akan jadi kat budak-budak yang lulus periksa dengan cemerlang? Diorang akan dapat asrama penuh, nama keluarga harum dekat kampung (nama dia harum bin wangi), dapat biasiswa, bila daftar sekolah 3 bas datang, atok nenek, moyang yang da meninggal pun bangun balik sebab nak antar keturunan punya pasal.

Tapi macam mana anak yang dekat kampung, yang keputusannya biasa-biasa saja, sekolah kampung, tak dapat asrama, SPM hanya lepas untuk dapat kerja kerani, rupa pulak tak de, kalau handsome boleh la jugak jadi model spender, ini telinga kembang, hidung penyek.Belum tentu akan dapat jawatan tukang sapu.

Tapi adakah kejayaan dalam peperiksaan menjadi ukuran kejayaan dalam kehidupan? Berapa ramai orang yang bijak pandai, belajarnya tinggi, gaji nya besar, keretanya besar, rumah ada sepuluh pintu masuk, orang gaji ada sebelas tapi ingat pada mak ayah? Berapa ramai yang mak bapak nya bangga anak nya bekerjaya padahal anaknya tak mengaku pun itu mak bapak diorang. Itu belum yang sebelum belajar dekat KL pakai kopiah, da sampai KL masjid pun dah tak kenal. (KL = Kota London).

Jadi kepada bakal-bakal mak ayah di luar sana, sayangi lah anak anda sama rata. 

"Jangan..anak-anak jangan di beza-beza kan..setiap orang anak rejeki nya lain-lain..tidak tuhan jadikan semua orang itu tidak sempurna. Kerana itulah kita kena saling melengkapi. Dah kalau semua orang pandai entah siapa yang nak kutip sampah? Siapa yang nak bina bangunan? Siapa nak jadi pencuri..eh silap siapa nak jadi pencuci?"

"Tetapi ilmu itu perlu di tuntut, menuntut lah ilmu hingga ke negeri cina. Menuntut ilmu itu satu fardu kifayah, tapi lulus periksa bukan fardu. Jadi di sini apa yang Allah mahu lihat ialah usaha kita, bukan result periksa. Yang penting usaha dulu, soal rejeki, soal dapat pekerjaan itu berserah kepada Allah. Jangan di hina kerja yang gaji nya sikit.  Halal itu yang utama" 

"Jangan di ingat oran miskin itu susah, orang kaya itu senang. Allah itu maha adil dalam pemberian rejeki. Berapa ramai orang miskin tapi anaknya besusun-susyun, orang kaya tapi hartanya banyak tapi nak dapat anak satu pun susah. Jadi anak adalah rejeki daripada Allah. Sayangilah mereka dan bimbinglah mereka. Didiklah anak-anak untuk dahagakan ilmu, bukan dahagakan keputusan yang gempak. Sebab dari kegigihan menuntut  ilmu, kecemerlangan keputusan itu akan datang sendiri dengan izin Allah"

Ceramah dari ustaz yang di jemput dari kampung sebelah.

Jadi pendapat aku dalam hal exam ini ialah, Allah memandang kepada usaha bukan keputusan yang cemerlang. Aku ambil contoh kisah nabi Muhammad s.a.w. Bagaimana permulaanya nabi sebagai seorang pemimpin yang teragung?

Pada malam isnin 17 Ramadhan di dalam Gua Hira. Ketika itu malaikat jibril menyampaikan wahyu pertama untuk nabi sebagai perutusan nabi di angkat menjadi rasul, malaikat jibril menyuruh nabi membaca, tetapi nabi tidak pun tahu membaca.

Tetapi setelah kerasulan nabi, agama islam itu telah tersebar 2 per 3 di atas bumi ini. Adakah kejayaan itu disebabkan keputusan exam nabi yang gilang-gemilang? Ataupun atas usaha nabi yang tak kenal erti putus asa?

"eleh nabi lain lah, dia bukan manusia biasa"

Siapa cakap nabi bukan manusia biasa? Allah menjadikan para nabi dan rasul daripada kalangan manusia agar kita manusia dapat mengikut apa yang nabi lakukan. Kalau nabi daripada kalangan malaikat, mampukah kita nak sujud beribu-ribu tahun macam para malaikat? Jadi segala kelakuan, perangai dan sifat nabi merupakan sunnah amalan untuk kita umat akhir zaman. 

Akhir kata menututlah ilmu bukan kerana nak lulus exam, dan ilmu tidak terhad setakat baca buku sahaja. Bela lembu pun ilmu jugak, kaya jek pun bela lembu. Orang kampung aku bela lembu pakai BMW. Apa yang penting ilmu yang di tuntut itu di redhai Allah. 

"Ucaplah Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah" bunyi deringan telefon.

"Assalamualaikum, aa ok ok, nak dua ekor ya, insyallah ada, nanti pak abu komfem kan balik ek"

pak abu pakai iPhone 5, walawei!

"pak abu lepas potong rumput bagi la lembu, kambing pak abu makan. Lama-lama beranak pinak pulak, last-last pak abu jual lah, ada la rezki sikit-sikit"

Cayalah lah pak abu!

p/s : Jangan di nilai seseorang berdasarkan keputusan exam, tapi nilailah bedasarkan ilmunya. Jangan diperlekeh orang yang bodoh, kerana kita tak tahu dimana pandainya.







No comments: