Untuk sahabat-sahabat di luar sana yang merasakan penyembelihan binatang dalam Islam itu kejam. Jom kita tengok bagaimana pengurusan binatang ternakan yang "dimatikan" dengan cara yang "tidak kejam" dan tidak mengikut syariat Islam..   
Hukum sembelihan adalah wajib supaya binatang itu halal dimakan.
Manakala binatang yang disembelih tidak mengikut hukum Syara’ ia diistilahkan sebagai bangkai dan najis serta haram dimakan.
Firman Allah SWT : “ makanlah dari apa-apa yang disebut nama Allah atasnya, jika kamu benar-benar beriman kepada ayat-ayat-Nya”
(Al-Anam:18)
Firman Allah SWT : “dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak disebut nama Allah atasnya, kerana ia satu kedurhakaan”.
Firman Allah SWT : “dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak disebut nama Allah atasnya, kerana ia satu kedurhakaan”.
(Al-Anam : 121)
 
Sabda  Rasulullah SAW : “ sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik  terhadap sesuatu. Oleh kerana itu jika kamu membunuh, perbaikanlah cara  membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokanlah cara  penyembelihanya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah peyembelihan  itu”.
Kesimpulannya, penyembelihan cara Islam ialah cara paling terhormat untuk membunuh binatang.
Wallahualam.
p/s : Binatang yang tidak disembelih adalah haram dimakan, tapi khinzir walaupun disembelih tetap haram. Walawei!
No comments:
Post a Comment