Cerita rekaan
Pak Abu (watak rekaan) telah ke pekan untuk membeli barang-barang dapur yang di pesan oleh isterinya.
"Susu  cair 2 tin, bawang 1/2 kilo, susu tepung satu tin, gula sepeket, ikan  kembung 3 ekor, kelapa 2 biji, sabun buku 3 ketul. Abang boleh ingat  semua ke ni?" Mak Som (juga watak rekaan) kurang yakin keupayaan mental  suaminya itu.
"Boleh, abangkan Juara Karaoke peringkat kampung ni (tak de kena mengena)"
"Yelah, balik awal. Nanti kang jemput Syawal (anak rekaan) balik ngaji sekali."
Broom!  Bromm! Motor skuter Pak Abu dihidupkan, asap putih berkepul-kepul  keluar sama macam rambut Pak Abu yang penuh uban. Selamba Pak Abu bawak  motor tak pakai helmet kerana kat kampung tak kan ada roadblock.
Setibanya di persimpangan antara nak ke pekan dengan kubur, tiba-tiba Pak Abu terperasan,
"Lah nak ke kedai tak tidak di bagi duit, aku pun lupa nak mintak tadi."
Pak  Abu cuba menyeluk poket, kosong! Di raba-raba lagi, mana tau  kalau-kalau ada duit terselit di celah-celah seluar. Ternyata usaha Pak  Abu sia-sia, yang ada hanyalah "senjata" nya yang sudah berkarat.
"Tak pe lah, hutang dulu. Esok-esok boleh bayar"
Setelah  membeli barang keperluan, Pak Abu pun pulang ke rumah. Dan sangkaan Mak  Som tentang mental suaminya ternyata tidak meleset.
"Bang! Mana susu tepung dengan gula. Hah! Sabun buku pun abang tak beli."
"Ala banyak sangat, mana la abang ingat."
"Abang! Syawal mana?"
"Ya Allah, anak aku!"
"Nasib baik "burung" abang tu melekat, kalau tak dengan "burung" tu sekali hilang!"
Keesokan harinya Pak Abu tak bayar pun hutang di kedai dan lagi sekali dia terlupa ambil anaknya. walawei!
*******
Cerita Realiti
Sering  kali perkara yang di ingat akan kita lupa. Ataupun "ter"lupa. "Ter"  membawa erti tidak sengaja atau memang tiada niat atau menjadi alasan  yang korang memang ingat tapi buat-buat tak ingat.
Tetapi penggunaan "ter" ini tidak  akan menjadi tidak sengaja kalau korang dengan selambanya "terajang",  "terlempang", "terogol" anak orang lain. Secara tak langsung mungkin  korang akan di parang oleh bapak anak tersebut menyebabkan korang  "terbunuh".
Jadi fenomena "terlupa" ini bermula sejak di bangku sekolah lagi. Kalau cikgu suruh buat kerja sekolah,
"Cikgu saya terlupa nak bawak"
"Saya terlupa nak buat"
"Bapak saya terlupa nak siapkan malam tadi"
"Saya terlupa atuk saya pinjam buku ABC tu semalam"
Oh,  mudah sungguh untuk kita terlupa. Kadang-kadang memang dah ingat nak  buat. Dah buat reminder dalam handset, dah tulis dalam diari, suruh  jiran sebelah tolong ingatkan. Tapi di akhir waktu kita terus terlupa.
Lupa juga terus berjangkit dalam lagu.
Mula ku kau kenali, gunung sanggup didaki
Setelah hati dicuri, telefon pun tak sudi
Ingatkah siapa membawa senyuman tika duka
Benar kata Dr M, "Melayu mudah lupa"
(Ezlyn = Hi hi bye bye)
Mesti ada yang dah lupa kan lagu ni (tak payah ingat pun tak pe).
Untuk  memanjangkan cerita, cuba kita kupas persoalan "kenapa kita lupa?".  Kita akan lupa apabila sesuatu perkara itu tidak menjadi kepentingan  yang utama di dalam hierarki otak pemikiran kita. Otak manusia amat unik  di mana cara penyimpanan informasi adalah mengikut urutan peristiwa.
contoh hierarki otak (paling bawah yang paling susah nak ingat):
                                                                awek
                                                              m e m b e r
                                                           h   u   t   a   n  g
                                                         b   e   l   a   j   a    r
                                                     m  a  k   d  a  n    a y a h
(contoh otak ini tiada kaitan dengan siap-siapa yang masih hidup, kalau dah meninggal tak pe)
Jadi  kita akan mudah mengingat kalau sesuatu perkara itu di ikuti dengan  peristiwa. Sebagai contoh, kita akan ingat untuk bayar bik elektrik  bulan ni sebab bulan lepas elektrik dah kena potong, kebetulan masa tu  mak mertua datang rumah, malu dibuatnya. Cakap kerja pegawai bank, tapi  bil elektrik pun tak bayar. 
Mengingat akan menjadi  lebih kuat kalau kita dah jatuh di timpa tangga, di timpa pulak peti  ais. Bak kata atuk nenek "Sudah terhantuk baru terngadah, sudah berak  jiruslah!".
Tetapi ada perkara yang kita tak susah nak  lupa, malahan kita selalu ingat, tetapi dalam masa yang sama kita lupa  (apa benda cakap belit-belit ni). Nak diringkaskan, kita ingat tetapi  lupa, kita lupa tetapi ingat.
Sebagai contoh.
Cari Rezeki
Kita  tak kan penah lupa untuk cari rezeki. Kerja pagi balik petang,  kadang-kadang keluar pagi tak jumpa anak, balik dah malam anak-anak  sudah tidur. Mak pulak bangun awal pagi, ayam pun belum bangun, buat  kuih-muih nak besarkan anak-anak, buat nasi lemak nak jual kat kantin  sekolah. Ada yang sanggup jadi GRO, gadai maruah 2-3 pagi nak bayar  sekolah anak-anak. Bila anak-anak jadi GRO pandai pulak mak dia marah.
Tetapi  kita lupa, yang memberi rezki itu Allah. Dan rezki itu datang bukan  dengan wang ringgit semata-mata. Allah bagi kita kesihatan, kebahagiaan  rumah tangga, anak yang ramai, yang wang ringgit tak boleh beli.
Dan  Allah juga boleh tarik rezki dalam sekelip mata, macam chipsmore kejap  ada kejap tak ada. Dah kerja GRO penat-penat anak pulak lari rumah. Ikut  pakwe indon pergi Lombok. Jadi pulak GRO kat sana. Last-last kena pulak  Aids, duit juta-juta jadi GRO tak boleh nak guna pun.
TV
Bila  dah beli Astro macam-macam ada. Pukul 9.00 ada Hantu Mak Bedah Pulang  Umrah, lepas tu ada rancangan Bersama Chef Ca Wan, pukul 11.00 ada AF,  tengah malam pulak ada Hantu Anak Mak Bedah. Memang syok tengok tv,  beratus-ratus siaran ada, itu tak termasuk siaran ulangan lagi.
Tapi  kadang-kadang (selalu pun ye) time solat kita lupa berapa rakaat kita  dah sujud. Err 1,2,3? last-last kita ikut jek orang yang solat dekat  sebelah (kalau jemaah kat surau), kalau solat kat rumah pandai-pandai  tengok jam, agak-agak da 1 minit maksudnya da rakaat ke-2 (padahal da 4  rakaat).
Blog 
Aku  akui semenjak baca blog, memang tak ingat dunia. Ada jek orang post  benda-benda menarik. Contoh "Bagaimana nak ngorat awek", "macam mana nak  kenal dara", "artis seksi melayu", "40 langkah awet muda", "mari  mengenal rasulullah" (err sebab tersalah tekan masuk blog orang lain).
Pastu  kalau tengok blogger update blog diorang, paling tinggi pernah aku  tengok, sampai 10 post satu hari. Ada yang satu jam satu post, tak  sampai 5 minit 2 post pun ada. Memang bersemangat waja sungguh para  blogger ini.
Tapi aku baca, baca, dan baca lagi, sampai  lupa dah nak habis waktu solat. Mulalah berlari-lari pergi tandas.  Ambil wuduk laju-laju, balik bukak sejadah, baru nak angkat takbir dah  azan. Nak tak nak solat la jugak. So agak-agak blogger yang buat blog  sampai 10 post satu hari diorang solat tak (ni blog Jepun, bukan  Malaysia).
Tapi ada satu benda yang kita lupa (tak pernah ingat pun), tapi tak pernah lupa kat kita.
Mati
Sahabat bertanyakan kepada nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling bijak?"
Nabi S.A.W menjawab ”orang-orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuknya" 
 (Ittihaf)
Mati itu pasti. Hidup, Insyallah.
p/s : Time aku update blog ni pun aku lupa jugak belum solat. Nasib baik "burung" aku melekat. walawei!
No comments:
Post a Comment