Emm memandu seharian memang meletihkan. Lagi pulak naik motor, menyebabkan sakit belakang, gunakan lah Penaflex untuk menghilangkan sengal-sengal dan sakit belakang, ia berkesan selama 12 jam. (Pinjam iklan penadol)
Bila sampai ke destinasi, mata dah tak nampak benda lain. Hanya katil terbayang-bayang di kalbu. Keempukan bantal kekabu di gabungkan dengan tilam King Coil king size, serta alas cadar biru tompok-tompok tahi lalat keemasan menyebabkan aku mempercepatkan langkah lebih laju untuk sampai ke bilik.
Sampai ke bilik kelihatan hamster aku yang terlompat-lompat keghairahan, mungkin lapar agaknya ditinggalkan seharian tanpa makanan. Hamster yang aku beri nama "Iskandar" ini memang kuat makan (macam tuan die). Apa yang aku pernah makan die turut pernah merasa. Kawan-kawan yang datang singgah bilik aku pun rajin suap Iskandar nie.
Aku bagi Iskandar kuaci, satu-satu sampai la dia tak layan (menandakan die da kenyang), pastu sampai la giliran aku untuk baring atas katil. Waktu itu kelihatan katil aku ibarat bidadari yang memanggil aku untuk baring di peha empuknya, membelai seluruh inci tubuh aku.
Oh, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Laju sungguh mata ini layu, macam sayur kangkung yang direbus, tak sampai seminit dah layu.
"weh bangun! bangun! tuan tak solat Isyak lagi!" aku yang baik di sebelah kanan cuba memujuk.
"Ala tido jek lah, nanti karang kalau bangun tuan solat lah, alang-alang da baring pejam jek mata" aku versi jahat yang disebelah kiri cuba menghasut.
"Tuan jangan dengar cakap orang sebelah, dia kencing tuan jek"
"Ah ko, macam baik sangat, minggu lepas sebab ikut cakap ko la tuan kite ni lambat pegi kelas!"
"Ko pun same, baik sangat suruh sedekah kat masjid, kan tuan kita hari-hari dah makan megi!"
"Ko pun sama, asik buat tuan mimpi basah jek, kan dah asik miss jek solat subuh"
"Arghh! Sudah-sudah. Hari ni aku nak side kejahatan, nak tido dulu, kalau bangun baru solat, give me five kejahatan!" kecewa kebaikan diri aku lalu merajuk. Kejahatan melompat girang sebab aku menyebelahi die.
Tiba-tiba versi kebaikan aku mendapat satu idea, slow-slow die bisik kat telinga aku,
" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya. “
( Surah Al-A’raf ayat 34 )
Ah sudah, die main ayat al-quran yang aku lemah ni. Tak cukup dengan itu, dia sambung lagi,
"Hadis Nabi s.a.w “ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”
Aduyai! Aku give up. Ok aku surrender! Bangun jugaklah untuk aku solat Isyak. Qiam, rukuk, sujud, al-fatihah, al-ikhlas, al-alaq, bagi salam. La kejap jek pun, tak sampai 5 minit! Give me five wahai aku versi baik!
"Dah korang berdua gi main jauh-jauh, aku nak tido!"
"Baik tuan!" pergilah kejahatan dan kebaikan.
"Hah kau kejahatan! Jangan buat aku mimpi basah ye malam ini, malam esok tak pe!"
p/s : Penat selalu menghalang kita nak buat perkara baik. Tapi kalau nyawa dah kena cabut nak buat apa pun dah tak sempat. Wallahualam.
2 comments:
betul tu...aku kalau nak keluar malam,aku tunggu solat isyak dulu sebab nanti balik dah lambat hati ni jadi malas....ohhh aku insan sangat lemah
kita sama-sama lemah..
Post a Comment