Saturday, April 30, 2011

1 Malaycia

Setelah sekian lama tidak ke ibu kota Kuala Lumpur, aku memanjangkan kaki berjalan ke sana untuk membeli barang keperluan sahabat aku. Memandangkan hari sabtu Kuala Lumpur memang sangat sesak, kebetulan pulak memang baru lepas gaji,jadi aku memilih untuk naik LRT.

Destinasi yang di tuju ialah Pudu, kerana member aku nak beli alatan eletronik untuk tesis dia yang entah bila baru nak siap (duduk bilik asik layan korea jek). Tapi atas dasar member aku pergi la jugak (padahal aku yang nak ikut).

Perjalanan tidak mengabil masa terlalu lama, aku naik dekat stesen LRT Kerinchi untuk ke Masjid Jamek, dan daripada Masjid Jamek aku kena tukar LRT untuk ke Pudu.

Kos Perjalanan
Kerinchi - Masjid Jamek = RM 1.60
Mashid Jamek - Pudu = RM 1.70
Air soya(haus jalan kaki) = RM 1.60
Jumlah = RM 4.90 x 2 (pergi dan balik)
            = RM 9.80


Di sepanjang perjalanan memang ramai muda mudi, anak dara, bujang teruna, dan tidak dilupakan pakcik makcik ke hulu ke hilir mencari arah tujuan masing-masing. Kesempatan ini aku mengambil peluang untuk mencuci mata melihat pelbagai telatah masyarakat tidak kira yang tua hinggalah yang baru lahir.

Sedang aku sibuk berhimpit di tengah orang ramai nak naik eskulator (malas nak naik tangga), aku terpandang wallpaper berwarna-warni yang aku percaya orang yang lalu kat situ komfem nampak (kecuali dia buta).

"Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"

"Bagus 1 Malaysia ni, takde lah lagi pergaduhan kaum, semuanya akan lebih maju kalau kita bersatu-padu!" teringat aku kata-kata pakcik yang berborak di warung kampung aku.

Semenjak bertukarnya pemerintahan perdana menteri kita yang baru, Gagasan 1 Malaysia mula diperkenalkan bagi mengukuhkan kemakmuran negara serta perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara kita.

Jadi sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, aku mula mencari apakah erti sebenar 1 Malaysia ini? Adakah setiap kaum akan mendapat layanan sama-rata daripada semua aspek? Ataupun tidak akan wujud lagi istilah Cina, Malayu,India dan yang ada hanyalah rakyat Malaysia?

Aku pun teruskan perjalanan ke destinasi. Tiba-tiba aku ternampak seorang gadis, pakai skirt,peha putih melepak, pinggang kerengga,punggung munggil, rambut kaler merah, kalau ada lelaki yang tak tengok sah dia mati pucuk.

"ini mesti awek cina" bisik hati aku. Aku pun cuba lalu sebelah nak amik bau.

"uii sedak budu tadi, make denge poyok pulok, cirit aa pasnih!" ceh orang melayu rupenye. Garau suaranya.

google translate
sedak = sedap, denge= dengan, poyok = tempoyak, pulok = pulak, cirit = cirit-birit

Suara garau, agak-agak lelaki ke perempuan? Entahlah.

Aku pun jalan lagi, terus tak belok-belok, pastu aku nampak pulak satu kedai orang berduyun-duyun masuk keluar masuk. Melayu, Cina, India semua ada. Elok jek beratur panjang tak berebut-rebut. Oh adakah ini semangat 1 Malaysia dah mula meresap dalam jiwa dan raga. Semua bertolak ansur, bertegur sapa, masing-masing datang dengan satu tujuan.

"haiya Ali, miss satu lagi nombor, talak ong la ini macam"

"saya sama juga Chong, itu minggu lepas 2 kali lagi sikit sudah mahu kena, tapi tak kena-kena, ko apa macam Raju?"

"itu kalu bini sudah tak kasi beli, tapi saya curi-curi jugak beli, dapat menang ini minggu, RM50 juga menang!"

Kedai judi rupanya. Padanlah.

Aku pun terus kan berjalan, sampai dekat satu kawasan kedai makan, aku lihat nama kedai "Restoran D' Ambang" ada orang India dan Cina datang makan. Aku tengok nama kedai "Restoran Sitharam" tapi ada orang Melayu dan Cina makan. Pastu kedai "Chong Thaik Iekan" tapi ada orang Melayu dan India makan . Bila tengok atas meja ada air "Beer Harimau" kaler kuning. Pikir baik la ek, air teh kot diorang minum.

Agak-agak sedap tak Bah Kut Teh tu.

Setelah aku habis beli barang, aku pun balik lah. Time dalam LRT pulak ada pasangan sedang bermadu kasih, main cuit-cuit hidung, kenyit-kenyit mata, pegang sana pegang sini. Si lelaki bewarna agak "hangus", ada anting-anting dan berupa seperti Amitabh Bachan, dan si gadis muka macam Fasha Spenda dan aku yakin dia tak pakai spender masa tu (berdasarkan movie omputih).

Agak-agak anak diorang nanti kaler apa? Zebra kot belang hitam putih.

Jadi aku membuat kesimpulan 1 Malaysia berjaya dilaksanakan pada

Kedai TOTO/ 4D/ Magnum

Walaupun dekat kedai judi ada statement "Orang Islam Di Haramkan Berjudi", tapi orang melayu tak haram berjudi, jadi Melayu, Cina, India semua boleh beli nombor. tak ada masalah, janji ada duit. Kalau orang Melayu tak de duit boleh pinjam dekat Along Cina. Kalau bernasib baik kita boleh jumpa pak aji pakai kopiah datang beli.

Pakaian

Sekarang dah susah nak kenal apa beza Melayu, Cina dan India dari segi pemakaian. Pakai skirt lurah terdedah belum tentu Cina. Ada subang kat hidung belum tentu India. Pakai baju kurung belum tentu Melayu. Kalau pakai tudung tapi pakai baju nampak pusat pastu ada subang kat idung? Emm entahlah.

Makanan

Semuanya kita boleh makan, semua boleh minum, bukan susah nak jumpa arak, makan lah kedai Cina, warung India, restoran Melayu. Tak de siapa nak marah. Makan la apa kita rasa nak makan, halal haram tolak tepi, kalau kedai jual arak tapi ada tanda halal boleh makan. Ustaz mana entah yang ngajor boleh camtu.

Couple

"Kita kena open minded, nanti dah nak kawen I ajaklah pakwe I masuk Islam, I bukan apa, I minat mata sepet, kulit gelap-gelap ni" kata seorang artis bila di tanya kenapa dia memilih bukan orang Melayu sebagai bakal suami. 

Last-last bila kawin Si artis yang convert agama lain, suami tak masuk Islam pun.

Apa yang berlaku, kita tidak pun melaksanakan Gagasan 1 Malaysia, tetapi 1 Malaycia (Malayu + Cina + India) kerana kita telah bertukar-tukar budaya menjadikan tiada identiti untuk setiap kaum. Dan yang paling teruk tempiasnya adalah masyarakat Melayu yang majoritinya Islam kini semakin jauh tersasar kerana mengamalkan budaya kaum lain.

Aku tak kata budaya kaum lain salah, biarlah diorang dengan budaya masing-masing. Diorang bukan Islam lantak lah nak buat apa pun. Tuhan diorang bagi pakai seksi-seksi. Ingat sendiri lah kita yang agama Islam ni tuhan kita siapa.

Tapi sepanjang-panjang perjalanan aku, ada satu tempat yang aku jalan bercirikan 1 Malaysia dan aku rasa kita boleh pertingkat kan lagi.

Masjid

Memang agak susah nak jumpa kaum lain dalam masijid. Tapi Alhamdulillah ada 2-3 orang wakil dari kaum lain da masuk Islam. Kalau pergi masjid di bandar besar senang kita nak jumpa golongan "mualaf" ni. Kadang-kadang ada yang da jadi ustaz pun ada. Bagi ceramah dekat surau-surau.

Baguslah. Jangan lah kita kondem diorang. Jangan orang jahat nak jadi baik kita kutuk. Artis pun ada yang tinggal kan dunia hiburan sebab nak kembali ke jalan yang benar. Jangan di ungkit masa silam dia. Kita yang Islam ini belum tentu mati dalam keadaan Islam, belum tentu masuk syurga. Dosa dia dulu-dulu terampun ke tidak itu serah jek lah kat Allah, yang penting kita bimbing biar orang nampak cantiknya Islam. Barulah ramai orang ramai nak masuk Islam.

Allah Ta’ala berfirman,
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.”
(QS. An Nashr: 1-3)

Bagi aku kita tak payah susah-susah nak laksanakan 1 Malaysia. Kita tolong jek agama Allah, Allah akan tolong kita, dan bila orang kafir nampak indahnya Islam diorang akan ramai-ramai masuk Islam. Ini bukan janji perdana menteri, ini bukan janji Amerika, bukan janji PBB, tapi janji Allah. Bila semua dah 1 Agama, tak de lagi perselisihan dan perbezaan antara kaum.

Wallahualam.


p/s : 1 Malaysia (Malayu+Cina+Indonesia+India). Ramai sangat orang gaji kat Malaysia ni.







Wednesday, April 27, 2011

1, 2, 3?

aku merupakan peminat novel, memang seronok sangat baca novel, selagi tak habis rasanya tak mampu buat kerja lain (sampai tahan kencing malas nak pegi tandas). Biasanya aku akan mengadap baca novel dari pagi, tengahari, sampai ke tengah malam.

ketebalan novel kebanyakan nya stadard dari 500 - 700 bergantung kepada penulis novel. Jadi pastinya ramai penulis novel yang kita kenal, antaranya Anis Mayuni, Ramlee Awang Murshid, Ahadiat Akashah, Nora Danish, Siti Nurhaliza (err betul ke ni?) dan mesti ramai lagi yang korang kenal. Sekarang berapa banyak novel yang pernah kita baca?

Mintak maaf nak cakap, aku agak minat dengan gaya penulisan Ramlee Awang Murshid. Boleh dikatakan semua koleksi aku ada, contohnya Bagaikan Puteri, Ungu Karmila, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sang Ratu, A.D.A.M, Mikhail dan beberapa lagi koleksi yang aku tak berapa nak ingat (lupa sebab banyak sangat makan megi).

Jadi kalau dikirakan lebih daripada 20 novel penah aku baca sepanjang hidup aku 22 tahun. 20 kalau didarabkan dengan purata muka surat novel 600(ambil paling minimum), hampir 12 ribu muka surat aku pernah baca. Itu belum lagi yang aku ulang balik, tak campur lagi komik Kreko yang aku beli (kalau aku simpan duit beli komik mungkin sekarang aku da boleh beli ferrari.walawei!)

Lama-lama koleksi komik aku kena jual dengan mak aku, bayangkan kalau 2 miggu sekali aku beli(tak penah miss!), daripada form 3 sampai la aku masuk universiti tahun 2. 

(kiraan kasar)
356 hari bahagi 14 hari(setiap 2 miggu aku beli) = 25 buah buku setahun
25 buku darab dengan RM 4.50++ = RM 112.5
RM 112.5 darab dengan 5 tahun = RM 562.5 (alamak apsal macam tak cukup jek nak beli ferrari nie)

Itu tak campur lagi kos pegi beli, kos tambang bas, kadang-kadang ada isu bumper harga RM 8 senaskah, tak lagi campur dengan komik One Piece, Naruto, Ultraman, Dragonball, Astro Boy, Kampung Boy, Play Boy yang aku miliki.

Sekarang berapa banyak buku aku da habiskan sepanjang hidup aku? Dan aku yakin rakan-rakan di luar sana mesti boleh jauh lebih berbangga daripada aku kerana korang mesti lagi banyak membaca daripada aku.

Nak dijadikan cerita pagi tadi aku bangun subuh (setelah sekian lama asik terlepas!), dan tiba-tiba aku berniat nak buka satu "novel" yang agak berhabuk dekat atas rak buku tempat aku belajar. Aku pun bukak try la baca 1-2 muka surat. Pelan-pelan aku baca macam baru nak belajar membaca.

Tapi novel nie lain macam sikit, tak macam novel yang aku selalu baca, biasanya novel aku boleh abeskan 600 muka surat paling cepat dalam masa 2 hari. Novel yang satu ni aku baru nak masuk 3 muka surat aku dah mengah dah, macam ayam tecekik jagung. Apsal payah bebenor aku nak baca novel yang satu ni.

Aku pun selak muka surat belakang sekali, 604 muka surat, normal! Sama jek macam novel-novel lain yang aku baca, last-last aku tengok muka surat depan sekali, nak tengok apa tajuknya

.
.
.
selak
.
.
.
selak
.
.
.
Al-quran ul Karim (ditulis dalam bahasa arab)

Jadi aku flash back sebentar hidup aku ke belakang, pejam mata kejap, ingat first time sekali aku belajar baca al-quran, aku sunat, kena rotan, mimpi basah, tumbuh bulu ketiak dan sampai la umur aku 22 tahun. Berapa kali aku penah khatam alquran? err 1, 2, 3?

"Macam penah khatam kecik-kecik dulu, time posa kot, eh entah!" tiba-tiba kepala otak serabut, lagi serabut daripada pikir kan rumus masa jawab soalan periksa. Tiba-tiba kiraan 1, 2, 3 menjadi amat sukar ketika itu.

"Camne aku nak jawab kat bapak mertua aku nanti kalau dia tanya berapa kali khatam? ermm..urm..ish..err...3 lah! Ok lah tu kan 3 kali, lagipun sunah nabi pilih nombor ganjil!" 

"kepala hotak hang! time pilih nombor pandai ikut sunah nabi, time baca quran hang ikut sunah siapa? tu atas rak tu sampai berabuk hang tak sentuh, kalau buku manggis, URTVV, habuk tak sempat nak lekat hari-hari hang selak!"(aku versi utara mengutuk aku versi johor)

Pang! terasa satu tangan lutsinar hinggap di pipi ku yang tembam ini. Bak kata member pakcik sebelah rumah dekat flat dia tinggal dulu-dulu, "siapa makan cili, dia rasa cili la, kalau cili merah tak pedas, cili api lebih pedas!" 

Jadi apa yang best Al-quran ni berbanding komik-komik dan novel di pasaran?

Mukjizat hingga hari kiamat

Al-quran merupakan mukjizat yang tidak akan terhapus sehinggalah hari kiamat. Walaupun bagaimanapun usaha orang-orang kafir cuba untuk mengubah al-quran dengan membakar al-quran,mengubah isi kandungan, membunuh umat islam, mewujudkan kitab bible, kitab New dan Old Tastement dan pelbagai lagi cara. Allah tetap melindungi Al-quran sebagai mukjizat yang teragung hingga akhir zaman. Jadi apa buktinya islam itu benar? Al-quran yang tidak akan lupus di telan arus zaman.

Syafaat

(aku cuma amik ayat copy paste dari google)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al -Quran "

Teman di dalam kubur
Ada riwayat mengatakan ketika kita akan disoal oleh mungkar dan nangkir terdapat seorang pemuda kacak yang tidak akan berganjak dari sisi.  Mungkar dan nangir akan cuba menghalau pemuda tersebut tapi dia tidak akan berganjak. Dialah al-quran yang akan menyerikan alam kubur sehinggalah kita masuk ke syurga. 

Pelembut hati

Banyak kisah-kisah yang menceritakan bagaimana para sahabat nabi yang dahulu nya menentang keras penyebaran islam akhirnya masuk memeluk islam setelah mendengar bacaan nabi. Sebagai contoh Sidina Umar al-khattab yang mana zaman mudanya dulu dia sanggup menimbus anak perempuannya hidup-hidup (zaman jahiliah anak perempuan dianggap hina dan menyusahkan) dan akhirnya menjadi Khalifah yang memperjuangkan islam. Alhamdulilah.


Sebagai kesimpulan, novel baca jugak, komik pun selak jugak, al-quran jangan di lupa. Jangan menangis kalau hero novel putus cinta, putus tangan tak dapat bersama kekasih gelapnya. Kalau baca al-quran ada lelaki kacak yang membuat kita tersenyum sentiasa higga ke syurga.

Al-quran beli sekali, baca banyak kali, pahala insyallah berkali ganda. Novel beli banyak kali, baca banyak kali, mungkin dosa berkali ganda (lupa semayang zohor da nak masuk waktu asar).


p/s : dua tiga kucing berlari
        mana nak sama si kucing hutan
        satu, dua atau tiga kali?
        berapa banyak kita khatam al-quran.




Jom selamat kan bumi..weeeeeee

Marquee-edn_0




klik gambar untuk lihat..

Tuesday, April 26, 2011

segmen : join bloglist atien abern


Aku nak join sebab emm..
err..
hmm..
uishh..
hurm...
ngnnn..
ermmm..
entah la..
cuba tanya budak botak dengan fara vrooommmmm..
mungkin diorang tau kenapa..
nak join jugak?


-end-

Sunday, April 24, 2011

Malam Jumaat (18sx)

"Jangan main jauh-jauh, kan malam jumaat ni, nanti kena sorok dengan hantu kopek baru tau!" marah opah yang cuba menghalang cucunya daripada kaluar waktu maghrib.


"opah kopek tu ape?" tanya cucunya yang baru nak kenal indahnya dunia.


[kopek = perbuatan mengupas sesuatu ataupun buah, buah apa-apa pun boleh]


*******


Malam jumaat. Ada yang suka dengar, ada yang tidak senang duduk, ada yang ke surau, ada yang tak kisah, ada yang keluar dating, ada yang kena tangkap basah dan macam-macam peristiwa boleh berlaku pada malam jumaat. Secara tak langsung malam jumaat amat sinonim dengan masyarakat melayu di negara kita. 


Best sangat ker malam jumaat?


kata wak Wagiman
"waduh waduh, enak sekali. Kamu yang belum kahwin enggak ngerti! wak kalau malam jumaat 3 round wak men gusti sama bini wak! kadang-kadang bini wak menang, tetapi selalunya dia yang tumpas!"  tersembur-sembur nasi lemak dari mulut wak ke dalam kopi pak abu.


kata pak abu
"korang jangang maing-maing dengang malam jumaat ni, segala bapak atuk nenek segala moyang jing akang turung ini malam, kepekatang malam akang menyeru awang hitam dan mengambil siapa-siapa berkeliarang pada malam ni, malam yang lebih hitam dan pekat dari kopi ni!" pak abu dengan loghat terengganu + kecek luar minum kopi yang ada saki baki nasi lemak wak wagiman.(sila buang g)


kata mak limah
" mak limah kalau malam jumaat jek balik rumah, kalau malam lain mak limah tak jumpa jalan balik rumah, enjit-enjit semut..siapa sakit naik atas..enjit-enjit semut.."  mak limah yang nyanyi dekat kubur sebelah warung pak jabit sambil menari poco-poco.


kata bomoh siwon
"kamu mahu pedajal orang ya, mampir kamu kemari pada 13 malam jumaat keliwon,bulan terang mengambang,selepas maghrib, bawakan aku ayam hitam sama itu ikan keli, ayam hitam itu aku mahu yang yang hidup! tapi ikan keli itu kau masak sambal cili api! aku selalu lapar malam-malam jumaat,bawa  nasi lebih tau!." syarat tok bomoh untuk siapa-siapa yang ingin mendapat kan tangkal kencing malam darinya.


 Dan ketakutan kita terhadap malam jumaat semakin bertambah-tambah dengan kehadiran cerita-cerita hantu di tv3,tv1,tv2,tv9 hingga ke tv100 sekalipun akan memilih malam jumaat untuk keluar kan cerita hantu. Itu belum lagi kita selak perfileman di panggung wayang. Ada cerita Ngangkung, Khurafat, Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur, Jangan Kencing Berdiri, Jangan Pegang-Pegang, Duduk Renggang-Rengang, Jangan Kangkang-Kangkang dan ternyata cerita hantu tetap menjadi sambutan hangat di Malaysia(ni Malaysia tempat lain bukan negara ni)


Oleh itu, jangan pelik kalau budak-budak buat alasan senggugut tak nak pergi ngaji kat surau(baligh pun belum), jangan marah bila suruh anak pergi dapur sorang-sorang dia tak nak, jangan pukul anak kalau anak cakap muka mak macam hantu kak limah(mak dia pakai bedak sejuk).


Pada siapa anak nak tiru kalau mak bapak dia memang takut hantu? Dekat siapa dia nak percaya kalau abang kakak dia bawak pergi tengok wayang cerita hantu? Cikgu sekolah pulak cerita belakang sekolah dulu kubur jepun, malam-malam jepun datang berkhalwat, eh silap berkawat.Dekat asrama pulak orang tak berani pergi tandas sebab ada penunggu tengah berak dekat tandas hujung sekali(dulu penunggu mati sebab sembelit).


Apa kata kita lupa kan dulu pasal hantu, kita cuba cari indahnya malam jumaat, jangan cari ada apa dengan cinta, kita cari ada apa dengan malam jumaat.


Nuzul Al-quran (turunnya Al-quran )
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W Peristiwa ini berlaku pada malam jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.

Allah berfirman  "(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)". 
 (Surah al-Baqarah, ayat 185) 


Baik untuk pernikahan 
 Rasulullah telah ditanya oleh orang tentang hari Jumaat, maka baginda menjawab "  Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan hari pernikahan,Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut".
(riwayat Anas bin Malik)

Antaranya ialah pernikahan antara Nabi Adam dan Siti Hawa, Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha, Nabi Musa dan Shafrawa, Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis, Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah, Rasulullah S.A.W dan Siti Aisyah serta  Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Fatimah.


Siapa yang baca surah Al-Kahfi Allah ampun kan dosa dia sampai jumaat minggu depan
Sabda Rasulullah S.A.W "Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.”
(riwayat  Baihaqi)


Sunat menyetubuhi isteri,kalau setubuh awek haram (juga sunat malam isnin dan khamis)
Imam Syafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri. Malam-malam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis dan malam Isnin. Ini kerana Nabi Muhammad S.A.W mendekati isteri-isteri baginda pada malam-malam tersebut.


Jadi pendapat aku kenapa kita di takut-takut kan dengan malam jumaat adalah kerana:

1) Mak ayah nak dapatkan sunat bersetubuh lalu menyuruh anaknya tido awal sebab anda hantu. Takut-takut nanti anak mereka kedengaran akan ibu bapanya "bersenam" malam-malam di bilik sebelah.

2) Tok bomoh memilih malam jumaat sebab dia sibuk hari lain, kalau tiap-tiap malam kena seru jin, kena panggil setan, pengsan tok bomoh kerana siang hari dia kena pergi berkebun dan kerja-kerja pembomohan hanyalah kerja "part time" sahaja untuk menambah pendapatan supaya dapat bayar bil tunggakan Astro.

3) Supaya makcik-makcik tidak keluar rumah untuk mengumpat dan hanya duduk di depan kaca tv untuk melihat Maya Karin menjadi pontianak. Secara tak langsung mengkayakan lagi indutri perfileman tanah air.

4) Si suami tidak keluar untuk ke warung janda di pekan pada malam jumaat. Ini memberi kesempatan untuk para isteri duduk di bawah ketiak suami masing-masing sambil membincangkan "skil-skil" yang belum mereka mahir dan kuasai sepenuhnya.

5) Senang kerja penguatkuasa sebab tak ramai yang nak "buat anak" dalam semak malam jumaat sebab lagi takut kan hantu daripada tuhan.

6) Kanak-kanak tidak akan berlari kat luar surau sebab takut hantu. Jadi mereka akan duduk di dalam surau sambil mengikut jemaah surau membaca surah yasin.

7) Pusat karaoke dan kelab-kelab malam akan tutup malam jumaat kerana takut akan mengundang bos dan raja segala hantu jin bertandang menari dan minum arak bersama-sama.(padahal setan dengan jin tiap-tiap hari ada)


ok cukup sampai situ, sebagai penutup ingin aku kongsikan sebuah cerita malam jumaat.

"ayang, malam jumaat ni, jom buat benda sunat!" pak abu memeberi isyarat "tak tahan" kepada isterinya.

"sabar la bang, anak-anak tak tido lagi ni" mak limah cuba mengendurkan "ketegangan" pak abu supaya bersabar.

"em yelah,abang masuk bilik dulu nak baca surah yasin" pak abu yang separuh merajuk.

"Bismillahirrohmanirrrohimmmmm" kuat bacaan pak abu sampai jiran sebelah pun boleh dengar.

"yassiinnnnnnn" pak abu pun mula mengayuh bacaan.

"abang,anak-anak dah tido dah" mak limah yang masuk bilik tiba-tiba.

"sodaqallahhulazimmmm" pak abu terus tutup yasin dan melompat atas mak limah seperti kucing idamkan ikan.


p/s : kalau mak ayah suruh tido awal jangan banyak tanya. Doa jek korang akan dapat adik baru.





Thursday, April 21, 2011

aku, domo, kamera dan kaca mata..


aku terlalu sayang kaca mata ni, sayang sangat sampai nak pakai pun terasa sayangnya..jadi aku bagi wakil untuk pakai kan. En. Domo sebagai pengganti. 

aku yakin muka tuan punya kaca mata ini tidak penting dan tidak diperlukan untuk tatapan umum. namun aku tetap menyediakan "reflection" atau pantulan imej pada kaca mata kalau ada siapa-siapa yang berminat untuk ambil tahu.(gambar pantulan agak tidak sama dengan imej sebenar tuan kaca mata).

maaf..pinjam alamat nak tag (da syarat penganjur nak wat camne)..

rasa berminat nak join klik aku dan kaca mata
kredit buat penganjur cik fara vavavoom..=)