Saturday, April 30, 2011

1 Malaycia

Setelah sekian lama tidak ke ibu kota Kuala Lumpur, aku memanjangkan kaki berjalan ke sana untuk membeli barang keperluan sahabat aku. Memandangkan hari sabtu Kuala Lumpur memang sangat sesak, kebetulan pulak memang baru lepas gaji,jadi aku memilih untuk naik LRT.

Destinasi yang di tuju ialah Pudu, kerana member aku nak beli alatan eletronik untuk tesis dia yang entah bila baru nak siap (duduk bilik asik layan korea jek). Tapi atas dasar member aku pergi la jugak (padahal aku yang nak ikut).

Perjalanan tidak mengabil masa terlalu lama, aku naik dekat stesen LRT Kerinchi untuk ke Masjid Jamek, dan daripada Masjid Jamek aku kena tukar LRT untuk ke Pudu.

Kos Perjalanan
Kerinchi - Masjid Jamek = RM 1.60
Mashid Jamek - Pudu = RM 1.70
Air soya(haus jalan kaki) = RM 1.60
Jumlah = RM 4.90 x 2 (pergi dan balik)
            = RM 9.80


Di sepanjang perjalanan memang ramai muda mudi, anak dara, bujang teruna, dan tidak dilupakan pakcik makcik ke hulu ke hilir mencari arah tujuan masing-masing. Kesempatan ini aku mengambil peluang untuk mencuci mata melihat pelbagai telatah masyarakat tidak kira yang tua hinggalah yang baru lahir.

Sedang aku sibuk berhimpit di tengah orang ramai nak naik eskulator (malas nak naik tangga), aku terpandang wallpaper berwarna-warni yang aku percaya orang yang lalu kat situ komfem nampak (kecuali dia buta).

"Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"

"Bagus 1 Malaysia ni, takde lah lagi pergaduhan kaum, semuanya akan lebih maju kalau kita bersatu-padu!" teringat aku kata-kata pakcik yang berborak di warung kampung aku.

Semenjak bertukarnya pemerintahan perdana menteri kita yang baru, Gagasan 1 Malaysia mula diperkenalkan bagi mengukuhkan kemakmuran negara serta perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara kita.

Jadi sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, aku mula mencari apakah erti sebenar 1 Malaysia ini? Adakah setiap kaum akan mendapat layanan sama-rata daripada semua aspek? Ataupun tidak akan wujud lagi istilah Cina, Malayu,India dan yang ada hanyalah rakyat Malaysia?

Aku pun teruskan perjalanan ke destinasi. Tiba-tiba aku ternampak seorang gadis, pakai skirt,peha putih melepak, pinggang kerengga,punggung munggil, rambut kaler merah, kalau ada lelaki yang tak tengok sah dia mati pucuk.

"ini mesti awek cina" bisik hati aku. Aku pun cuba lalu sebelah nak amik bau.

"uii sedak budu tadi, make denge poyok pulok, cirit aa pasnih!" ceh orang melayu rupenye. Garau suaranya.

google translate
sedak = sedap, denge= dengan, poyok = tempoyak, pulok = pulak, cirit = cirit-birit

Suara garau, agak-agak lelaki ke perempuan? Entahlah.

Aku pun jalan lagi, terus tak belok-belok, pastu aku nampak pulak satu kedai orang berduyun-duyun masuk keluar masuk. Melayu, Cina, India semua ada. Elok jek beratur panjang tak berebut-rebut. Oh adakah ini semangat 1 Malaysia dah mula meresap dalam jiwa dan raga. Semua bertolak ansur, bertegur sapa, masing-masing datang dengan satu tujuan.

"haiya Ali, miss satu lagi nombor, talak ong la ini macam"

"saya sama juga Chong, itu minggu lepas 2 kali lagi sikit sudah mahu kena, tapi tak kena-kena, ko apa macam Raju?"

"itu kalu bini sudah tak kasi beli, tapi saya curi-curi jugak beli, dapat menang ini minggu, RM50 juga menang!"

Kedai judi rupanya. Padanlah.

Aku pun terus kan berjalan, sampai dekat satu kawasan kedai makan, aku lihat nama kedai "Restoran D' Ambang" ada orang India dan Cina datang makan. Aku tengok nama kedai "Restoran Sitharam" tapi ada orang Melayu dan Cina makan. Pastu kedai "Chong Thaik Iekan" tapi ada orang Melayu dan India makan . Bila tengok atas meja ada air "Beer Harimau" kaler kuning. Pikir baik la ek, air teh kot diorang minum.

Agak-agak sedap tak Bah Kut Teh tu.

Setelah aku habis beli barang, aku pun balik lah. Time dalam LRT pulak ada pasangan sedang bermadu kasih, main cuit-cuit hidung, kenyit-kenyit mata, pegang sana pegang sini. Si lelaki bewarna agak "hangus", ada anting-anting dan berupa seperti Amitabh Bachan, dan si gadis muka macam Fasha Spenda dan aku yakin dia tak pakai spender masa tu (berdasarkan movie omputih).

Agak-agak anak diorang nanti kaler apa? Zebra kot belang hitam putih.

Jadi aku membuat kesimpulan 1 Malaysia berjaya dilaksanakan pada

Kedai TOTO/ 4D/ Magnum

Walaupun dekat kedai judi ada statement "Orang Islam Di Haramkan Berjudi", tapi orang melayu tak haram berjudi, jadi Melayu, Cina, India semua boleh beli nombor. tak ada masalah, janji ada duit. Kalau orang Melayu tak de duit boleh pinjam dekat Along Cina. Kalau bernasib baik kita boleh jumpa pak aji pakai kopiah datang beli.

Pakaian

Sekarang dah susah nak kenal apa beza Melayu, Cina dan India dari segi pemakaian. Pakai skirt lurah terdedah belum tentu Cina. Ada subang kat hidung belum tentu India. Pakai baju kurung belum tentu Melayu. Kalau pakai tudung tapi pakai baju nampak pusat pastu ada subang kat idung? Emm entahlah.

Makanan

Semuanya kita boleh makan, semua boleh minum, bukan susah nak jumpa arak, makan lah kedai Cina, warung India, restoran Melayu. Tak de siapa nak marah. Makan la apa kita rasa nak makan, halal haram tolak tepi, kalau kedai jual arak tapi ada tanda halal boleh makan. Ustaz mana entah yang ngajor boleh camtu.

Couple

"Kita kena open minded, nanti dah nak kawen I ajaklah pakwe I masuk Islam, I bukan apa, I minat mata sepet, kulit gelap-gelap ni" kata seorang artis bila di tanya kenapa dia memilih bukan orang Melayu sebagai bakal suami. 

Last-last bila kawin Si artis yang convert agama lain, suami tak masuk Islam pun.

Apa yang berlaku, kita tidak pun melaksanakan Gagasan 1 Malaysia, tetapi 1 Malaycia (Malayu + Cina + India) kerana kita telah bertukar-tukar budaya menjadikan tiada identiti untuk setiap kaum. Dan yang paling teruk tempiasnya adalah masyarakat Melayu yang majoritinya Islam kini semakin jauh tersasar kerana mengamalkan budaya kaum lain.

Aku tak kata budaya kaum lain salah, biarlah diorang dengan budaya masing-masing. Diorang bukan Islam lantak lah nak buat apa pun. Tuhan diorang bagi pakai seksi-seksi. Ingat sendiri lah kita yang agama Islam ni tuhan kita siapa.

Tapi sepanjang-panjang perjalanan aku, ada satu tempat yang aku jalan bercirikan 1 Malaysia dan aku rasa kita boleh pertingkat kan lagi.

Masjid

Memang agak susah nak jumpa kaum lain dalam masijid. Tapi Alhamdulillah ada 2-3 orang wakil dari kaum lain da masuk Islam. Kalau pergi masjid di bandar besar senang kita nak jumpa golongan "mualaf" ni. Kadang-kadang ada yang da jadi ustaz pun ada. Bagi ceramah dekat surau-surau.

Baguslah. Jangan lah kita kondem diorang. Jangan orang jahat nak jadi baik kita kutuk. Artis pun ada yang tinggal kan dunia hiburan sebab nak kembali ke jalan yang benar. Jangan di ungkit masa silam dia. Kita yang Islam ini belum tentu mati dalam keadaan Islam, belum tentu masuk syurga. Dosa dia dulu-dulu terampun ke tidak itu serah jek lah kat Allah, yang penting kita bimbing biar orang nampak cantiknya Islam. Barulah ramai orang ramai nak masuk Islam.

Allah Ta’ala berfirman,
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.”
(QS. An Nashr: 1-3)

Bagi aku kita tak payah susah-susah nak laksanakan 1 Malaysia. Kita tolong jek agama Allah, Allah akan tolong kita, dan bila orang kafir nampak indahnya Islam diorang akan ramai-ramai masuk Islam. Ini bukan janji perdana menteri, ini bukan janji Amerika, bukan janji PBB, tapi janji Allah. Bila semua dah 1 Agama, tak de lagi perselisihan dan perbezaan antara kaum.

Wallahualam.


p/s : 1 Malaysia (Malayu+Cina+Indonesia+India). Ramai sangat orang gaji kat Malaysia ni.







No comments: