(kes pertama)
"ko ade dengar cerita pasal Atif semalam?" member aku yang datang entah dari mana terus menyebok tanpa beri salam.
"entah..apsal?" malas untuk panjang kan cerita aku terus menyoal kenapa.
"dia eksiden, jatuh motor sebab syok sangat tengok awek, tak perasan kereta kat depan!" cerita member aku yang aku rasa dia tokok tambah pasal "tengok awek" tu.
"innalillah" ujarku
"eh apsal pulak,dia eksiden jek lah, ko nie macam doakan dia mati pulak !"
(kes ke-2)
sedang seorang mamat cuba membeli barang di kedai runcit Kaherah, peniaga kedai cuba untuk berborak-borak dengan pembeli kedainya
"please come in, take a look sir, very good quality, very cheap, halal!" sambil menunjuk-nnunjuk buah kurma jualannya.
"emm.." balas mamat dari Malaysia sambil tersenyum sebab dia tak de la pandai sangat cakap omputih
"where are you from sir?" peniaga itu masih tidak putus asa untuk berborak
"Malaysia" sambil meneruskan senyum kambing yang tak berkesudahan dari tadi
"masyallah!" teriak peniaga sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia.
mamat pun kaget
"err..teruk sangat ke aku duduk Malaysia nie..sampai pak arab ni pun semacam bile dengar Malaysia?" ngomel mamat sendirian sebab dia tahu peniaga tak paham dia cakap melayu.
(kes ke-3)
"malam ni datang lah kenduri rumah aku, ada kambing sekor aku akikah untuk cucu aku" pak hashim jemput anak muda yang menyewa rumah nya
"insyallah pak im, err minggu depan yek saya bayar sewa rumah" cepat-cepat tukar topik sebab malas nak sembang lama-lama dengan orang tua
dan malam tu dia tak pergi pun sebab nak layan Maharaja lawak yang dah tukar ke channel astro Warna dan kena beli pekej Mustika. Sanggup bayar lebih tapi makan free kat umah pak hashim dia tak heran pun.
************
ok cukup sampai situ, ayat yang biasa kita guna hari-hari, dan masa bila kita pakai?
innalillah kalau ada orang meninggal
masyallah kalau ada benda buruk terjadi
insyallah kalau kita berjanji
apa yang terjadi ialah kita menggunakan ayat tersebut berdasarkan situasi, bukan sebab maksudnya, sebab apa? sebab dari atok nenek moyang kita dah cakap macam tu, ayah kita ajar kalau orang mati kena cakap innalilah, cikgu cakap kat sekolah kalau ada benda tak elok cakap masyaallah, kawan cakap kalau malas tak payah pegi sekolah, abang cakap, akak cakap, apek cakap, kucing cakap, semuanya orang yang cakap. bila makcik-makcik sebelah rumah berkumpul tepi longkang untuk bercerita keburukan orang kampung sebelah
"si minah tu memang ada bela hantu, aku nampak dengan kepala lutut aku sendiri" makcik joyah memulakan dakyah nya
"masyallaahhhhh.." ramai-ramai makcik yang lain menyahut.
jika di kupas satu-persatu maknanya
innalillah = kepada Allah kita kembali
masyallah = Allah yang maha agung
insyallah = dengan izin Allah (kalau ada salah tolong betulkan)
jadi penggunaan innalillah boleh digunakan untuk menerima sebarang berita yang buruk atau pun tidak diingini. contohnya macam anak kucing hilang sekor, itik belakang dapur lari ikut itik jantan kampung sebelah, tayar kereta kancil jiran pancit, parti yang korang sokong kalah dan sebagainya.
masyallah tidak sesuai untuk digunakan terhadap benda-benda buruk berlaku kerana ia melambangkan kebesaran tuhan. kalau nak sebut jugak,sebut la masyallah time nampak awek cun lalu depan mata(niat puji cantik nya ciptaan tuhan), ketika menang cabutan bertuah teka kacang (alhamdulillah pun sesuai), jumpa bayi yang comel montel macam Justin Bibier atau ayam anda bertelur emas dan berak berlian. andai jumpa perkara yang tidak diingini sebut lah astagfirullah(aku memohon keampunan mu ya Allah)
dan insyallah ni jangan la cakap sesuka hati andai kita tak de niat pun nak pergi, tak payah nak tunjuk baik sebut nama tuhan kalau orang ajak kenduri makan free pun kita malas nak datang. tak payah cakap
"aku sebut insyaallah jek,tak de cakap janji pun"
jangan jadi kan insyallah sebagai alasan yang sebenarnye kita sendiri malas nak pergi sebab nak tengok AF kat umah! terajang jek orang yang cakap camtu!!(jangan salahkan aku kalau korang kena terajang balik)
********
(2 tahun lepas sebelum pak hashim dapat cucu)
setelah selesai menikahkan anak perempuan nya, pak hashim cuba mengorek akal yang dalam nya sejengkal untuk menantu lelaki nya jadi imam malam itu.
"Din, dah lama ayah tak sembahyang jemaah di rumah, jadi imam Din" seloroh Pak Hashim
setelah berfikir agak lama,Din yang tidak pernah menjadi imam pun menolak
"bapak kan lagi lama sudah bekeluarga, bapak la kena pimpin jadi imam, saya baru jek nikah petang tadi, bapak otai lama" Din menjawab dengan penuh kaliber ibarat peserta MLM dan yakin dia tak kan jadi imam.
Pak Hashim pun tak puas hati, mana aci dulu masa muda-muda dia da kena,sekarang la masa nak balas dendam.
"dalam keluarga ni ada peraturan, siapa yang jadi menantu lelaki kena jadi imam!" Pak Hashim mula menyimpul misainya hingga ke telinga sebagai bukti dia lah ketua kampung Longkang Sekangkang
nak tak nak jadi la Din imam magrib.."Allahhuuuakkbarrrrr!" konfiden jek Din walaupun dalam kain kakinya terketar-ketar
time baca alfatihah lancar jek, Din ni pulak jenis yang solat baca 2 jenis surah jek, qulhuallahuahad dengan inna'aktoina kal kausar...sekali lepas baca Alfatihah boleh sangkut pulak nak baca surah
"Bismillahirohmanirrohimm, Innnaaa..." ah sudah, lupa pulak Dina dengan bacaan surah terulung nya itu
"Innaaa.." Din mengharapkan bapak mertua nya tolong sambung apa yang dia tak ingat.
kebetulan Pak Hasyim pun sama jenis dengan menantu dia hafal 2 surah jek.
"Innnaaa.." Pak Hashim pun lupa jugak!!
"Innaaa.." kali kedua try pun fale jugak.
last-last Pak Hashim teringat satu ayat
"Innnaaalillah hiwailai hira jiunnnnnnnn" laju jek Pak Hahim sebut
"siapa pulak yang meninggal bapak!! "
p/s : kalau hafal 14 surah sekalipun, rajin-rajin la bukak al-quran(pesanan untuk diri sendiri).
No comments:
Post a Comment