Wednesday, April 27, 2011

1, 2, 3?

aku merupakan peminat novel, memang seronok sangat baca novel, selagi tak habis rasanya tak mampu buat kerja lain (sampai tahan kencing malas nak pegi tandas). Biasanya aku akan mengadap baca novel dari pagi, tengahari, sampai ke tengah malam.

ketebalan novel kebanyakan nya stadard dari 500 - 700 bergantung kepada penulis novel. Jadi pastinya ramai penulis novel yang kita kenal, antaranya Anis Mayuni, Ramlee Awang Murshid, Ahadiat Akashah, Nora Danish, Siti Nurhaliza (err betul ke ni?) dan mesti ramai lagi yang korang kenal. Sekarang berapa banyak novel yang pernah kita baca?

Mintak maaf nak cakap, aku agak minat dengan gaya penulisan Ramlee Awang Murshid. Boleh dikatakan semua koleksi aku ada, contohnya Bagaikan Puteri, Ungu Karmila, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sang Ratu, A.D.A.M, Mikhail dan beberapa lagi koleksi yang aku tak berapa nak ingat (lupa sebab banyak sangat makan megi).

Jadi kalau dikirakan lebih daripada 20 novel penah aku baca sepanjang hidup aku 22 tahun. 20 kalau didarabkan dengan purata muka surat novel 600(ambil paling minimum), hampir 12 ribu muka surat aku pernah baca. Itu belum lagi yang aku ulang balik, tak campur lagi komik Kreko yang aku beli (kalau aku simpan duit beli komik mungkin sekarang aku da boleh beli ferrari.walawei!)

Lama-lama koleksi komik aku kena jual dengan mak aku, bayangkan kalau 2 miggu sekali aku beli(tak penah miss!), daripada form 3 sampai la aku masuk universiti tahun 2. 

(kiraan kasar)
356 hari bahagi 14 hari(setiap 2 miggu aku beli) = 25 buah buku setahun
25 buku darab dengan RM 4.50++ = RM 112.5
RM 112.5 darab dengan 5 tahun = RM 562.5 (alamak apsal macam tak cukup jek nak beli ferrari nie)

Itu tak campur lagi kos pegi beli, kos tambang bas, kadang-kadang ada isu bumper harga RM 8 senaskah, tak lagi campur dengan komik One Piece, Naruto, Ultraman, Dragonball, Astro Boy, Kampung Boy, Play Boy yang aku miliki.

Sekarang berapa banyak buku aku da habiskan sepanjang hidup aku? Dan aku yakin rakan-rakan di luar sana mesti boleh jauh lebih berbangga daripada aku kerana korang mesti lagi banyak membaca daripada aku.

Nak dijadikan cerita pagi tadi aku bangun subuh (setelah sekian lama asik terlepas!), dan tiba-tiba aku berniat nak buka satu "novel" yang agak berhabuk dekat atas rak buku tempat aku belajar. Aku pun bukak try la baca 1-2 muka surat. Pelan-pelan aku baca macam baru nak belajar membaca.

Tapi novel nie lain macam sikit, tak macam novel yang aku selalu baca, biasanya novel aku boleh abeskan 600 muka surat paling cepat dalam masa 2 hari. Novel yang satu ni aku baru nak masuk 3 muka surat aku dah mengah dah, macam ayam tecekik jagung. Apsal payah bebenor aku nak baca novel yang satu ni.

Aku pun selak muka surat belakang sekali, 604 muka surat, normal! Sama jek macam novel-novel lain yang aku baca, last-last aku tengok muka surat depan sekali, nak tengok apa tajuknya

.
.
.
selak
.
.
.
selak
.
.
.
Al-quran ul Karim (ditulis dalam bahasa arab)

Jadi aku flash back sebentar hidup aku ke belakang, pejam mata kejap, ingat first time sekali aku belajar baca al-quran, aku sunat, kena rotan, mimpi basah, tumbuh bulu ketiak dan sampai la umur aku 22 tahun. Berapa kali aku penah khatam alquran? err 1, 2, 3?

"Macam penah khatam kecik-kecik dulu, time posa kot, eh entah!" tiba-tiba kepala otak serabut, lagi serabut daripada pikir kan rumus masa jawab soalan periksa. Tiba-tiba kiraan 1, 2, 3 menjadi amat sukar ketika itu.

"Camne aku nak jawab kat bapak mertua aku nanti kalau dia tanya berapa kali khatam? ermm..urm..ish..err...3 lah! Ok lah tu kan 3 kali, lagipun sunah nabi pilih nombor ganjil!" 

"kepala hotak hang! time pilih nombor pandai ikut sunah nabi, time baca quran hang ikut sunah siapa? tu atas rak tu sampai berabuk hang tak sentuh, kalau buku manggis, URTVV, habuk tak sempat nak lekat hari-hari hang selak!"(aku versi utara mengutuk aku versi johor)

Pang! terasa satu tangan lutsinar hinggap di pipi ku yang tembam ini. Bak kata member pakcik sebelah rumah dekat flat dia tinggal dulu-dulu, "siapa makan cili, dia rasa cili la, kalau cili merah tak pedas, cili api lebih pedas!" 

Jadi apa yang best Al-quran ni berbanding komik-komik dan novel di pasaran?

Mukjizat hingga hari kiamat

Al-quran merupakan mukjizat yang tidak akan terhapus sehinggalah hari kiamat. Walaupun bagaimanapun usaha orang-orang kafir cuba untuk mengubah al-quran dengan membakar al-quran,mengubah isi kandungan, membunuh umat islam, mewujudkan kitab bible, kitab New dan Old Tastement dan pelbagai lagi cara. Allah tetap melindungi Al-quran sebagai mukjizat yang teragung hingga akhir zaman. Jadi apa buktinya islam itu benar? Al-quran yang tidak akan lupus di telan arus zaman.

Syafaat

(aku cuma amik ayat copy paste dari google)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al -Quran "

Teman di dalam kubur
Ada riwayat mengatakan ketika kita akan disoal oleh mungkar dan nangkir terdapat seorang pemuda kacak yang tidak akan berganjak dari sisi.  Mungkar dan nangir akan cuba menghalau pemuda tersebut tapi dia tidak akan berganjak. Dialah al-quran yang akan menyerikan alam kubur sehinggalah kita masuk ke syurga. 

Pelembut hati

Banyak kisah-kisah yang menceritakan bagaimana para sahabat nabi yang dahulu nya menentang keras penyebaran islam akhirnya masuk memeluk islam setelah mendengar bacaan nabi. Sebagai contoh Sidina Umar al-khattab yang mana zaman mudanya dulu dia sanggup menimbus anak perempuannya hidup-hidup (zaman jahiliah anak perempuan dianggap hina dan menyusahkan) dan akhirnya menjadi Khalifah yang memperjuangkan islam. Alhamdulilah.


Sebagai kesimpulan, novel baca jugak, komik pun selak jugak, al-quran jangan di lupa. Jangan menangis kalau hero novel putus cinta, putus tangan tak dapat bersama kekasih gelapnya. Kalau baca al-quran ada lelaki kacak yang membuat kita tersenyum sentiasa higga ke syurga.

Al-quran beli sekali, baca banyak kali, pahala insyallah berkali ganda. Novel beli banyak kali, baca banyak kali, mungkin dosa berkali ganda (lupa semayang zohor da nak masuk waktu asar).


p/s : dua tiga kucing berlari
        mana nak sama si kucing hutan
        satu, dua atau tiga kali?
        berapa banyak kita khatam al-quran.




2 comments:

Tuan Cimot said...

wah, entri yg padat..terima kasih..trdiam sebntar coz slh sorang hntu novel..hoho

Aku said...

Tika leh

kita serupe jek..T_T