Penglibatan aku dalam dunia penulisan ataupun bidang "merepek meraban" ini mula mendapat perhatian pelbagai pihak (perasan jek lebih). Macam biasalah ada komen yang positif dan ada yang negatif.Tak kurang juga ada yang tak komen langsung.
Walaubagaimanapun aku ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi membaca tulisan aku ini (macam la ramai sangat yang baca).
Andai banyak silap dan salah, bak kata ustaz dekat sekolah agama aku petang-petang dulu, banyak cakap banyak salah, banyak salah banyak dosa, banyak dosa nerakalah tempatnya.(tapi aku tak tau kalau banyak tulis masuk neraka ke syurga)
Namun baru-baru ini aku dapat satu teguran dari seorang punggung-na facebook. Dia kata :
"Ko tulis panjang sangat, aku malas nak baca, tak paham pun, lain kali ko kena letak kan point-point penting dekat bawah sekali, sebab ko kena pertimbangkan pembaca macam aku, aku nak baca cepat." ulasnya panjang lebar.
"oh yeker.." aku cuba menyelami perasaan itu sesingkat yang mungkin.
Ok cukup. tak nak tulis panjang kali ini. aku nak bercerita pasal sungai. khas untuk pembaca yang suka point penting.
sungai apa yang kaya?
jawapan = sungai wang
lokasi = dekat times square
sungai apa yang tanam padi?
jawapan = sungai petani
lokasi = kedah
sungai apa yang tajam?
jawapan = sungai lembing
lokasi = kuantan, pahang
sungai apa yang simpan parang?
jawapan = sungai golok(parang)
lokasi = sempadan thailand - malaysia
sungai apa yang keras?
jawapan = sungai besi
lokasi = sungai besi, selangor
sungai apa yang berdaulat?
jawapan = sungai raja
lokasi = kedah
sungai apa yang kurus?
jawapan = slim river
lokasi = perak
sungai apa yang bapak orang?
jawapan = sungai pak hang (pahang)
lokasi = pahang
sungai apa yang tinggal dekat laut?
jawapan = sungai tiram
lokasi = johor bahru, johor
sungai apa yang kaku tak bergerak?
jawapan = sungai mati
lokasi = muar, johor (ada banyak tempat nama "sungai mati" kat malaysia)
sungai apa yang miang?
jawapan = sungai buloh
lokasi = selangor
sungai apa yang tak beriman?
jawapan = sungai kapir
lokasi = segamat, johor
sungai apa yang jauh?
jawapan = sungai ujong
lokasi =negeri sembilan
sungai apa yang ada 3 rasa?
jawapan = sungai syurga (rasa susu, arak, madu)
Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih
(Surah Muhammad : 15)
lokasi = syurga
sungai apa yang menggelegak?
jawapan = sungai neraka
sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur
(Surah Muhammad : 15)
lokasi = neraka
tidak dijelaskan nama-nama sungai di neraka dan syurga di dalam al-quran (berdasarkan rujukan internet,kalau salah tolong betulkan). tetapi berdasarkan hadis-hadis terdapat beberapa nama sungai di syurga
- sungai Al-Kausar (nabi nampak ketika nabi diangkat israk dan mikraj)
- sungai Rajab (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
wallahualam (Allah lebih mengetahui)..
p/s : jangan main tepi sungai nanti lemas di bawa ombak.
No comments:
Post a Comment