Homesick bermaksud sakit yang keterlaluan sebab rindu dekat  rumah atau kempunan dah lama sangat tak balik kampung halaman(padahal  balik sebab nak mintak duit kat ayah bukan rindu).
"pegi mana Man?" aku lihat teman ku berbondong-bondong bawak beg baju serta segala kelengkapan di sisinya.
"aku  nak balik kampung. homesick la..hehehe" segan silu dia tersengih sebab  seluar dalam jatuh keluar dari beg sebab dah tak muat, dia sumbat jek  dalam poket seluar belakang.
"hati-hati! kirim salam kat adik ko yang cun tu yek!" aku separuh menjerit sebab kelibat Man makin jauh dari pandangan.
homesick  kalau ditransalatekan ke bahasa indon bermaksud "rumah sakit" yang  bermakna hospital. dan yang pastinya aku bukan nak cerita pasal aku  rindu kat umah ataupun pasal rumah sakit.
tapi aku nak  cerita masa aku balik umah aku jatuh sakit. jadi dalam cerita aku ini  homesick bermaksud "aku balik rumah dan demam".(hek eleh macam la aku  sorang jek penah demam)
rata-rata semua orang pernah  kat dunia ini penah demam. kalau korang tak penah demam maka korang  automatik separuh manusia separuh haiwan (kucing aku pun penah demam),  ataupun bapak tiri sebelah makcik korang alien, ataupun korang ialah  anak kepada arnold swesusah nak eja (cyborg terminator), ataupun atok  korang dulu superman yang hanya dapat senggugut kalau jumpa kryptonite  (batu kaler hijau ).
jadi bermulalah perjalanan hidup  aku sebagai seorang "pendemam". jadi seperti biasa aku akan mengalami  simptom-simptom seperti susah bernafas (hidung penuh hingus), hilang  selera makan (masa sihat makan 1 pinggan,dapat demam makan 2 pinggan),  rasa seram sejuk, tak boleh tido malam (sebab main facebook), nak bangun  kencing pun tak larat, senang cerita aku terus hilang upaya masa demam.
memang  tak best la kan bila demam ni. apa benda nak buat pun tak boleh. tapi  hari ini aku di sini untuk menyedarkan seluruh insan di luar sana bahawa  "DEMAM MEMANG SYOK!!".
"ha? kepala hotak ko syok, tak bersyukur sihat la tu, tuhan bagi sihat ko mintak sakit!"marah member aku yang tengah main game.
"tak  best demam,ko makan McD,makan KFC,makanan mahal-mahal sumenye tak de  rase,rugi jek" member aku yang sorang ni memang suka fastfood.
"demam  bosan,nak keluar jumpa awek pun susah" kata member yang aku sendiri pun  susah nak jumpa dia sebab asik keluar dengan awek.
"nak  kene gi klinik,keluar duit lagi beli ubat,rugi wei keluar duit  puluh-puluh,nak kena makan ubat pahit,eiii tak nak aku demam" kata  member aku yang hanya makan nasi dengan ikan bilis sebab simpan duit nak  beli topup nak undi peserta AF 9!
oooops...rilek-rilek.  aku tak bagitau lagi kenapa korang dah nak hentam aku.  sabar-sabar,orang Malaysia selalu camtu,baru dengar separuh dah cakap  macam-macam, baru ada ulamak cakap tuhan samseng korang da nak marah  ulamak cakap tak serupa bikin.
padahal ulamak tu cakap  "tuhan tu sifat dia sentiasa yang tertinggi,kalau manusia penyayang,dia   lagi penyayang,kalau manusia membenci dia lagi maha pembenci,kalau manusia samseng dia lagi maha samseng,sebab sifat  tuhan sentiasa melebihi makhluknye".
hah  kan lain maksudnya tu!belajar dan pupuklah diri kita untuk tidak hanya  mendengar sebelah pihak.(ni bukan orang Malaysia sini,orang Malaysia  tempat lain ni)
tapi aku bukan ulamak,aku hanya ular dalam semak, tapi aku pulak cakap demam memang syok! kalau tak percaya meh aku bagi bukti.
1) tak payah buat apa-apa
sebagai anak sulung aku memang merupakan harapan keluarga nak buat segala tugasan rumah(harapan la sangat). sebagai contoh
"abang angkat baju,nak hujan!!" kene la angkat baju sebab umi tangah masak
"abang!!basuh pinggan!!" umi dah masak konfem la aku pulak bauh pinggan
"petang  nanti basuh kereta, kereta kat depan dah macam belacan!" kata ayah ku  pula yang penat sebab kereta jadi belacan lepas dia pergi kebun tadi.
tapi semenjak aku demam
"kesian anak ayah,demam yek, akak!!basuh pinggan!" adik aku pulak yang jadi mangsa. walawei!
2) makan tak rasa
anda  tak tahan makan pedas? cirit-birit kalau masakan masin? risau makan  makanan manis? hilang ingatan kalau makan benda masam? sekarang tak  perlu risau, makan piza ker, ayam golek, murtabak, semua sama jek rasa.  tak perlu lagi berlari-lari mencari air kalau mulut berapi kerana pedas.  kopi yang pahit tanpa gula korang dengan selambanya dapat telan.
3) dapat makan ubat
"uwekkk..tak nak makan ubat.pahitttttt!!" makcik yang demam zaman 70-an dulu terjerit-jerit nak telan ubat.
"makan  la sayang..pahit tu la yang sembuh kan penyakit" suaminya sedang pujuk  sambil berjanji akan beli rantai emas kalau isteri dia makan ubat.
hah..pakcik  makcik jangan risau.ini sekarang zaman moden.alaf 21.zaman robot.zaman  wondergirl. semua dah canggih. pakcik nak ubat perisa apa,pil perisa  oren ada, ubat batuk perisa sirap ada, antiboitik perisa asam pedas ada,  sedangkan kondom pun dah ada perisa pisang,strawberi,epal dan tak lama  lagi akan ada perisa durian,manggis,rambutan,cempedak,tempoyak!.  walawei!
4) tutup aurat
kalau  demam mesti rasa seram sejuk macam ada pontianak tenggek atas tengkuk,  pakai baju pun rasa macam bogel tak pakai pa pe. masa ni la korang akan  pakai selimut, pakai baju sejuk 5-6 lapis, pinjam kain batik mak, pinjam  lampin adik, kain pelikat bapak, kalau tak cukup pinjam pulak jiran  sebelah,kampung sebelah. pakai pulak skaf kat kepala(kalau sihat tudung  pun tak pakai),sarung tangan, dekat kaki pakai stokin bola sampai lutut  (masa main bola tak nak pulak tutup lutut).
cuba amik  gambar masa ni, mesti sebijik macam orang eskimo yang tengah nak tangkap  ikan. Malaysia ni iklim punya la panas tapi korang mampu pakai macam  orang eskimo. korang lagi dasyat!! tuhan suruh tutup hujung rambut  sampai hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan (untuk wanita). tapi  masa demam muka pun korang bungkus.walawei!
tapi banyak-banyak alasan,aku rasa yang last ni paling best...
5) sakit itu kifarah dosa
"Tidaklah  seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya  melainkan Allah  akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon  yang  menggugurkan daun-daunnya"
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Rasulullah  bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah  bersedia  untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu  kesalahan  dirinya"
kalau kita doa mintak ampun keluar air  mata darah sekalipun, belum tentu orang akan maaf kan perbuatan kita.  tapi kalau sakit akan gugur lah dosa-dosa yang macam kicap kotoran degil  dekat baju hilang bila basuh pakai dynamo. senang kan.
jadi  lepas ni jangan bersungut,merungut bila sakit, nak heboh satu dunia  korang demam (padahal aku cerita jugak aku demam), ingat lah korang  demam bukan hari-hari, hari-hari pegi Mcd, setahun sekali sakit pun nak  bising.ape kes!
p/s : jangan pulak lepas ni korang doa  mintak demam pulak! tapi bersyukur lah kalau korang sakit.(sebab sakit  tak payah pegi sekolah.walawei! )
2 comments:
yups . thanx join . all the best !
macih cik angin..=)
Post a Comment