Monday, April 18, 2011

Kerana kambing seekor

Perjalanan pulang ke kampung memang menjimatkan kalau korang tau jalan singkat ke neraka, eh silap, jalam singkat yang tiada tol. Bukan setakat jimat wang ringgit malahan juga jimat masa yang tidak boleh di beli di mana-mana kedai runcit ataupun supermarket.


Tetapi bak kata orang zaman purbakala, orang tua-tua dan nenek moyang kita, malang tidak berbau, walaupun aku hampir melanggar kambing yang berbau, akhirnya bontot kereta aku yang berbau eksoz, di cium kereta orang.


Kereta aku hilang bontotnya kerana disondol dari belakang. Peristiwa yang berlaku sekelip mata itu hanya mampu disaksikan oleh kambing-kambing di tepi jalan tanpa mengerti bahawa salah seorang dari mereka lah penyebab kemalangan itu (apsal macam baca berita tv3 pulak ni).


Namun eksiden yang berlaku tidak melemahkan semangat juang aku untuk terus membawa kereta yang tiada bontot/punggung bersiar-siar di ibu kota. Kesian kereta aku, mesti dia malu bersiar-siar tanpa punggung dan terpaksa berdepan dengan punggung-punggung BMW, waja, kancil, kelisa, mercedes dan punggung-na jalan raya yang lain.


Tapi aku tak nak cerita pasal punggung kereta atau kereta aku yang kemalu-maluan kerana sudah tiada punggung. Aku nak tanya cik kambing kenapa dia berdiri di tengah-tengah jalan raya.


"Cik kambing tak nampak ke kereta tengah laju? kan dah eksiden!" aku cuba menyoal siasat kambing tersebut sambil menunjuk-nunjuk punggung kereta aku yang sudah tiada.


"Mbeekk..emmbekkk..embekk...(bodoh manusia ni cakap ngan aku!)" cik kambing hanya menggeleng kepalanya


" nah amik ni, segar, hijau, sedapp.." aku bagi rumput segar sebagai rasuah untuk kambing bercakap.


"Mbeekkk..ehmbekk..hambekkkk..ppuuiiii...(bodoh bagi rumput,ko ingat aku kambing ker!!)" kambing meludah keluar rumput sebagai tanda protes tak nak terima rasuah


Dan yang pastinya aku yang paling bodoh sebab cuba bercakap dengan kambing.


Habis tu dekat siapa aku nak bertanya kenapa aku eksiden hari ni? kenapa dekat sini? kenapa tak eksiden semalam? apsal eksiden sebab nak langgar kambing(tak glamour langsung!). kenapa pukul 4.20 pm baru eksiden bukan pukul 9.00 am tadi?


Sila bulatkan jawapan yang anda rasa betul dan bulat kan hanya sekali


A. kambing tu ahli sindiket eksiden untuk mengaut keuntungan

B. kambing tak pandai,dia makan rumput bukan kismis

C. takdir aku untuk bertemu jodoh dengan kambing

D. redha jek lah, qadak dan qadar, tak payah banyak tanya


"mbekk..mbekkk..mebekkk(qadak dan qadar tu ape?)" cik kambing cuba manyibuk. Tadi suruh tanya tak nak jawab.


(dipetik dari wikipedia)

Percaya kepada qada dan qadar adalah Rukun Iman keenam. Ia mempercayai bahawa segala yang berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah semata-mata.


"mbekkkkkkkkkkkkkkkk..!!(kalau semua qadak dan qadar tak payah la buat apa-apa, biar tuhan jek tentukan!) bising pulak kambing ni, aku sembelih buat burger karang.


Ini dapat dilihat dalam satu hadis nabi yang berbunyi seperti berikut:

Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasul.

Apabila baginda bertanya bagaimana kamu datang, beliau menjawab, menaiki unta. Nabi tanya" di mana unta kamu?" beliau menjawab "saya biarkan tanpa diikat sebab saya bertawakal kepada Allah". Nabi berkata"ikat unta kamu dulu dan barulah bertawakal"


"mbek..mbek..mbek..mbekkkk(tapi kalau ko usaha macam mana pun ko tetap jugak akan eksiden!)" cik kambing ni da naik tanduk asyik cuba mencelah.


"sabar la aku tak abes cerita lagi" aku sumbat pulak mulut kambing dengan kasut biar dia diam.


Takdir ada beberapa bahagian


(qada mubram atau takdir yang pasti)

Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah.


(takdir mu'allaq atau takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz)

takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa


sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali

perbuatan yang baik."

Jadi tuhan memberi peluang untuk manusia (insan malas macam aku) untuk merubah takdir masing-masing melalui doa dan amal yang baik.


jadi kita ni mahluk yang lemah dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapan tuhan sahaja. Jadi kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Pesan Rasulullah s.a.w


Sekiranya engkau ditimpa musibah, maka JANGANLAH engkau berkata "Sekiranya aku lakukan ini maka inilah yang akan berlaku" Akan tetapi katakanlah "apa yang menimpa aku adalah qadar Allah dan Dia berhak melakukan apa yang dikehendaki" Sesunggunya ‘kalau’ boleh membuka amalan syaitan”. (Riwayat Muslim)

"mbekkkk..mbekkk..mbekkk! (ko ceramah dekat aku bukan paham pun,aku ni kambing!)


"pang!!" kambing ditampar oleh tuan pengembala kerana terasa amat kurang ajarnya itu.


tamat.


p/s : akhirnya aku berjaya cakap dengan kambing! walawei!

2 comments:

Anonymous said...

thanks sudi join nana...

http://bungakubakawali.blogspot.com/2011/04/httpwww.html

Aku said...

sama-sama nana..