Saturday, April 16, 2011

Macam mana nak jadi kuat

Super hero kini bersepah di pasaran, tak kira lah superman,ultraman, sehinggalah ke hero kartun doraemon,dragon ball dan pelbagai lagi, semuanya melambang kan kekuatan dan kelebihan watak serta hero terbabit berbanding manusia biasa.

Ini secara tak lansung akan mempengaruhi minda kita bahawa "kalau ada power baru la cool!". Jadi siapa-siapa yang terasa nak super power cuba praktik kan cara-cara di bawah.
1) cari binatang yang boleh gigit

tak kisah la binatang apa pun, janji boleh gigit. kalau kena gigit labah-labah jadi la "lelabahman". kalau kena sengat tabuan jadi la "tabuanman". kalau kena gigit dengan jerung atau harimau jadi la "arwahman". jadi semuanya bergantung kepada anda binatang apa yang anda nak pilih.

kalau kita nak gigit binatang pun boleh, buat air milo dan masukkan cicak. telan sekali cicak, pastikan jangan tinggal kan baki. esok lusa jadi la "cicakman". bangun-bangun tido jek kita da melekat dekat siling. cuma kalau ada tahi hitam putih dekat bawah jangan tanya siapa punya. pandai-pandai cek punggung sendiri.

2) bergabung dengan alam semulajadi

ini cara yang senang sikit, tak payah kena gigit,kena gigit sakit. kita cari hari yang agak mendung, suram-suram gitu. angin sepoi-sepoi, kita pergi berdiri atas bangunan dan tunggu hujan datang. kalau badan dah basah konfem badan jadi konduktor elektrik.

last skali tunggu jek petir atau kilat sambar. jadilah korang "kilatman". kalau rasa nak tunggu kilat lambat, nak kena hafal ramalan cuaca la pulak. pegi jek pusat janakuasa elektrik, peluk jek kabel letrik yang berlabel "bahaya 120 G voltan". jadi la "karenman". cuma jangan menyesal lepas ni tak de orang nak peluk kita lagi.


3) keturunan yang baik

orang cakap keturunan yang baik akan menghasilkan baka yang baik, jadi pilihlah untuk menjadi keturunan "superman". sebab kalau kita anak superman, konfem kita akan jadi kuat macam bapak kita. cuma kena sabar sikit jek lah sebab terpaksa pakai baju size "S" dan seluar dalam kat luar. apapun "superman" tetap paling popular di antara semua superhero. tapi jadi "superman" tak kaya sebab dia kerja jadi wartawan jek.

4) akal yang pintar

banyak hero yang bergantung kepada akal, tidak kepada kekuatan. jadi pergi lah ke pasar raya beli kismis, jus tok guru, anggur  kering, ubat penambah ingatan, jangan makan benda-benda masam, tak boleh makan jeruk, jangan makan kepala ikan,jangan tengok cerita "blue",bangun sebelum subuh untuk bukak buku, makan otak-otak dan segala petua yang kita rasa mampu meningkatkan ingatan dan mengembang kan otak. mudah-mudahan kita mampu jadi "geniusman".


tapi sekuat mana sekalipun hero, diorang tetap memerlukan "sesuatu" untuk mengekalkan kekuatan diorang. sesuatu untuk dilindungi. kalau superman dia jadi kuat sebab nak melindungi lois lane, spiderman nak jaga marie jane, cicakman nak jaga fasha sanda(sebab tu jejai clash) dan bermacam-macam hero lagi walaupun dengan hujung jari jek boleh angkat bulan, tapi diorang masih memerlukan sesuatu untuk dilindungi supaya menjadi kuat.

jadi ape orang yang biasa macam kita ni boleh buat?

5)  superhero terakhir 'i-man"

seorang ibu menjadi kuat bila melindungi anaknya
seorang teman jadi kuat melindungi sahabatnya
seorang askar kuat bila melindungi negara
seorang ulamak menjadi kuat melindungi agamanya
dan orang biasa macam kita boleh jadi kuat kalau melindungi imannya

senang kan, tak payah nak kena gigit, tak payah pakai spender kat luar. jadi la korang hero di dunia dan hero di akhirat.

p/s : kalau ada yang cuba cara di atas tapi "terkorban" jangan cari aku.

1 comment:

Anonymous said...

ultraman paling kuat..