"Jangan main jauh-jauh, kan malam jumaat ni, nanti kena sorok dengan hantu kopek baru tau!" marah opah yang cuba menghalang cucunya daripada kaluar waktu maghrib.
"opah kopek tu ape?" tanya cucunya yang baru nak kenal indahnya dunia.
[kopek = perbuatan mengupas sesuatu ataupun buah, buah apa-apa pun boleh]
*******
Malam jumaat. Ada yang suka dengar, ada yang tidak senang duduk, ada yang ke surau, ada yang tak kisah, ada yang keluar dating, ada yang kena tangkap basah dan macam-macam peristiwa boleh berlaku pada malam jumaat. Secara tak langsung malam jumaat amat sinonim dengan masyarakat melayu di negara kita.
Best sangat ker malam jumaat?
kata wak Wagiman
"waduh waduh, enak sekali. Kamu yang belum kahwin enggak ngerti! wak kalau malam jumaat 3 round wak men gusti sama bini wak! kadang-kadang bini wak menang, tetapi selalunya dia yang tumpas!" tersembur-sembur nasi lemak dari mulut wak ke dalam kopi pak abu.
kata pak abu
"korang jangang maing-maing dengang malam jumaat ni, segala bapak atuk nenek segala moyang jing akang turung ini malam, kepekatang malam akang menyeru awang hitam dan mengambil siapa-siapa berkeliarang pada malam ni, malam yang lebih hitam dan pekat dari kopi ni!" pak abu dengan loghat terengganu + kecek luar minum kopi yang ada saki baki nasi lemak wak wagiman.(sila buang g)
kata mak limah
" mak limah kalau malam jumaat jek balik rumah, kalau malam lain mak limah tak jumpa jalan balik rumah, enjit-enjit semut..siapa sakit naik atas..enjit-enjit semut.." mak limah yang nyanyi dekat kubur sebelah warung pak jabit sambil menari poco-poco.
kata bomoh siwon
"kamu mahu pedajal orang ya, mampir kamu kemari pada 13 malam jumaat keliwon,bulan terang mengambang,selepas maghrib, bawakan aku ayam hitam sama itu ikan keli, ayam hitam itu aku mahu yang yang hidup! tapi ikan keli itu kau masak sambal cili api! aku selalu lapar malam-malam jumaat,bawa nasi lebih tau!." syarat tok bomoh untuk siapa-siapa yang ingin mendapat kan tangkal kencing malam darinya.
Dan ketakutan kita terhadap malam jumaat semakin bertambah-tambah dengan kehadiran cerita-cerita hantu di tv3,tv1,tv2,tv9 hingga ke tv100 sekalipun akan memilih malam jumaat untuk keluar kan cerita hantu. Itu belum lagi kita selak perfileman di panggung wayang. Ada cerita Ngangkung, Khurafat, Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur, Jangan Kencing Berdiri, Jangan Pegang-Pegang, Duduk Renggang-Rengang, Jangan Kangkang-Kangkang dan ternyata cerita hantu tetap menjadi sambutan hangat di Malaysia(ni Malaysia tempat lain bukan negara ni)
Oleh itu, jangan pelik kalau budak-budak buat alasan senggugut tak nak pergi ngaji kat surau(baligh pun belum), jangan marah bila suruh anak pergi dapur sorang-sorang dia tak nak, jangan pukul anak kalau anak cakap muka mak macam hantu kak limah(mak dia pakai bedak sejuk).
Pada siapa anak nak tiru kalau mak bapak dia memang takut hantu? Dekat siapa dia nak percaya kalau abang kakak dia bawak pergi tengok wayang cerita hantu? Cikgu sekolah pulak cerita belakang sekolah dulu kubur jepun, malam-malam jepun datang berkhalwat, eh silap berkawat.Dekat asrama pulak orang tak berani pergi tandas sebab ada penunggu tengah berak dekat tandas hujung sekali(dulu penunggu mati sebab sembelit).
Apa kata kita lupa kan dulu pasal hantu, kita cuba cari indahnya malam jumaat, jangan cari ada apa dengan cinta, kita cari ada apa dengan malam jumaat.
Nuzul Al-quran (turunnya Al-quran )
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W Peristiwa ini berlaku pada malam jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.
Allah berfirman "(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)".
(Surah al-Baqarah, ayat 185)
Baik untuk pernikahan
Rasulullah telah ditanya oleh orang tentang hari Jumaat, maka baginda menjawab " Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan hari pernikahan,Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut".
(riwayat Anas bin Malik)
Antaranya ialah pernikahan antara Nabi Adam dan Siti Hawa, Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha, Nabi Musa dan Shafrawa, Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis, Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah, Rasulullah S.A.W dan Siti Aisyah serta Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Fatimah.
Siapa yang baca surah Al-Kahfi Allah ampun kan dosa dia sampai jumaat minggu depan
Sabda Rasulullah S.A.W "Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.”
(riwayat Baihaqi)
Sunat menyetubuhi isteri,kalau setubuh awek haram (juga sunat malam isnin dan khamis)
Imam Syafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri. Malam-malam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis dan malam Isnin. Ini kerana Nabi Muhammad S.A.W mendekati isteri-isteri baginda pada malam-malam tersebut.
Jadi pendapat aku kenapa kita di takut-takut kan dengan malam jumaat adalah kerana:
1) Mak ayah nak dapatkan sunat bersetubuh lalu menyuruh anaknya tido awal sebab anda hantu. Takut-takut nanti anak mereka kedengaran akan ibu bapanya "bersenam" malam-malam di bilik sebelah.
2) Tok bomoh memilih malam jumaat sebab dia sibuk hari lain, kalau tiap-tiap malam kena seru jin, kena panggil setan, pengsan tok bomoh kerana siang hari dia kena pergi berkebun dan kerja-kerja pembomohan hanyalah kerja "part time" sahaja untuk menambah pendapatan supaya dapat bayar bil tunggakan Astro.
3) Supaya makcik-makcik tidak keluar rumah untuk mengumpat dan hanya duduk di depan kaca tv untuk melihat Maya Karin menjadi pontianak. Secara tak langsung mengkayakan lagi indutri perfileman tanah air.
4) Si suami tidak keluar untuk ke warung janda di pekan pada malam jumaat. Ini memberi kesempatan untuk para isteri duduk di bawah ketiak suami masing-masing sambil membincangkan "skil-skil" yang belum mereka mahir dan kuasai sepenuhnya.
5) Senang kerja penguatkuasa sebab tak ramai yang nak "buat anak" dalam semak malam jumaat sebab lagi takut kan hantu daripada tuhan.
6) Kanak-kanak tidak akan berlari kat luar surau sebab takut hantu. Jadi mereka akan duduk di dalam surau sambil mengikut jemaah surau membaca surah yasin.
7) Pusat karaoke dan kelab-kelab malam akan tutup malam jumaat kerana takut akan mengundang bos dan raja segala hantu jin bertandang menari dan minum arak bersama-sama.(padahal setan dengan jin tiap-tiap hari ada)
ok cukup sampai situ, sebagai penutup ingin aku kongsikan sebuah cerita malam jumaat.
"ayang, malam jumaat ni, jom buat benda sunat!" pak abu memeberi isyarat "tak tahan" kepada isterinya.
"sabar la bang, anak-anak tak tido lagi ni" mak limah cuba mengendurkan "ketegangan" pak abu supaya bersabar.
"em yelah,abang masuk bilik dulu nak baca surah yasin" pak abu yang separuh merajuk.
"Bismillahirrohmanirrrohimmmmm" kuat bacaan pak abu sampai jiran sebelah pun boleh dengar.
"yassiinnnnnnn" pak abu pun mula mengayuh bacaan.
"abang,anak-anak dah tido dah" mak limah yang masuk bilik tiba-tiba.
"sodaqallahhulazimmmm" pak abu terus tutup yasin dan melompat atas mak limah seperti kucing idamkan ikan.
p/s : kalau mak ayah suruh tido awal jangan banyak tanya. Doa jek korang akan dapat adik baru.
2 comments:
betol2. tapi nape kite sering ditakotkan dengan kisah2 seram pada malam jumaat? nape tak hati ahad malam isnin ka..kenape?kenape??
sebab dari nenek moyang da ajar malam jumaat ade hantu..jadi kita generasi skrg jadikan hantu sbgai satu kepercayaan dalam masyarakat..
Post a Comment